Permohonan KWAPM 2021 (Tarikh Bayaran)



Permohonan KWAPM 2021 (Tarikh Bayaran)|ADAKAH anda ingin memohon bantuan kewangan untuk sesi persekolahan tahun 2021? Berita baik buat pelajar miskin Tahun Satu hingga Tahun Enam di sekolah kerajaan yang ingin membuat permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun 2021. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan bantuan KWAPM 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Pemberian Bantuan KWAPM bertujuan memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin di Sekolah Kerajaan bagi mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik dan menjana kecemerlangan pelajar.

Permohonan KWAPM 2021 (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan KWAPM 2021 termasuk kadar bantuan, tarikh bayaran, syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan KWAPM 2021 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:

A. Borang Permohonan Bantuan KWAPM KLIK 👉 Muat Turun

B. Carta Aliran Proses Permohonan Bantuan KWAPM
KLIK 👉 Muat Turun

Syarat Kelayakan Bantuan KWAPM 2021

Antara kriteria atau syarat kelayakan bantuan KWAPM adalah seperti berikut:

1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).

2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

A. Jenis Data/ Status Kemiskinan

i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)
iii. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

B. Bantuan Am Persekolahan

Sekolah Rendah = RM100 setahun
Sekolah Menengah = RM150 setahun

Semakan Status KWAPM 2021

*Akan dikemaskini

Tarikh Bayaran Bantuan KWAPM 2021

*Akan dikemaskini

Selamat membuat Permohonan KWAPM Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin tahun 2021 secara online!

Sumber: KPM

1 comment:

Powered by Blogger.