Permohonan Rumah Makmur Negeri Pahang 2021 Online (Borang)



Permohonan Rumah Makmur Negeri Pahang 2021 Online (Borang)|ANDA berkelayakan dan berminat membuat permohonan Rumah Makmur Negeri Pahang bagi tahun 2021? Berita baik buat anda yang menetap di negeri Pahang dan masih belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Makmur Negeri Pahang 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://eperumahan.pahang.gov.my.

Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang 2019 Online

Sedia maklum, Projek Rumah Makmur Negeri Pahang merupakan sebagai penambahbaikan kepada program PR1MA Pahang. Projek Rumah Makmur yang dijual pada harga RM80,000.00 bertujuan untuk memberikan perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah iaitu RM5,000.00 kebawah.

Permohonan Rumah Makmur Negeri Pahang 2021 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Rumah Makmur Pahang beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Rumah Makmur Pahang 2021 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://eperumahan.pahang.gov.my

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Makmur Pahang 2021

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Makmur adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
- Mestilah warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

◾Jumlah Pendapatan
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.

◾Umur
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.

◾Bermastautin
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus tidak kurang daripada lima (5) tahun.

◾Pemilikan
- Tidak memiliki rumah

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
◾Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
◾Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
◾Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
◾Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
◾Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
◾Satu (1) Salinan Surat Perakuan Majikan
◾Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
◾Satu (1) Salinan Penyata Taksiran Cukai  Pendapatan
◾Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
◾Surat Akuan Sumpah

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Rumah Makmur Negeri Pahang
👉 Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2021

Selamat membuat Permohonan Rumah Makmur Negeri Pahang tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.