Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2020



Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2020|ADAKAH anda berminat berniaga Bazar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur? Panduan buat anda yang berminat dan ingin berniaga Bazar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur. Untuk makluman anda, kini permohonan lesen Bazar Ramadhan 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 15 Februari 2019 hingga 14 Mac 2019 menerusi Laman Web https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar.

Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2019

Setiap permohonan bazar adalah secara individu. Terdapat dua kategori bazar ramadan iaitu kategori A di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) membabitkan 288 tapak. Mnakala kategori B pula membabitkan 980 petak di sekitar ibu kota. Kadar bayaran keseluruhan bagi kategori A ialah sebanyak RM3,900 termasuk cagaran RM1,000 manakala kategori B sebanyak RM817 termasuk cagaran RM500.

Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan lesen Bazar Ramadan beserta syarat kelayakan dan dokumen penting:

Tarikh Penting Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2020

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2020

1. Pemohon perlu layari Laman Web e-Bazar secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar

2. Bagi yang belum pernah mendaftar akaun, anda perlu klik pada butang 'Daftar Baru'.

3. Isikan segala maklumat borang permohonan dengan betul dan lengkap.

Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL

Antara syarat kelayakan permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2adalag seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai lesen penjaja DBKL yang masih sah tempoh pada tarikh permohonan. (Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja)
3. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
4. Beragama Islam sahaja.
5. Mempunyai akaun bank yang aktif atas nama pemohon.
6. Menetap di Kuala Lumpur.
7. Pemohon dibenarkan memohon satu lokasi sahaja.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen lampiran yang perlu dinyatakan:

1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Gambar berukuran passport berlatar belakang biru gelap.
3. Salinan Buku akaun bank atau salinan / slip penyata akaun yang disahkan oleh bank.
4. Bil air / elektrik / utiliti / astro atas nama dan alamat tempat tinggal pemohon.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Jabatan Pelesenan & Pembangunan Penjaja
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 4 & 5, Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50300 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 20282000 / 26179000
Faks: 03 - 2694 7758
E-mel: jppp@dbkl.gov.my

Selamat membuat Permohonan Lesen Bazar Ramadan DBKL 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.