Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022 Online



Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022 Online|ADAKAH anda ingin melanjutkan pengajian ke institusi di Malaysia? Berita baik buat kelahiran anak Perak yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022 bakal dibuka secara online mulai bulan Disember 2021.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2019 Online

Objektif Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak ini diwujudkan memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022

1. Pemohon perlu layari Laman Web Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://spptp.perak.gov.my/

Atau:
2. Laman Web Kerajaan Negeri Perak:
KLIK 👉 https://www.perak.gov.my/

Syarat Kelayakan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022

Antara syarat kelayakan Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak adalah seperti berikut:

1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;

2. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di
dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;

3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;

4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
◾Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);

5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;

6. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah:

◾DIPLOMA - Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
◾IJAZAH / SARJANA MUDA - Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang
berkhidmat dengan Kerajaan
◾IJAZAH SARJANA - Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
◾IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) - Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang
berkhidmat dengan Kerajaan

Senarai Institusi Pengajian Tinggi dan Kursus Yang Ditaja

KLIK 👉 Senarai IPT Yang Ditaja

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

No. Telefon: 05 - 2095 311
Laman Facebook: Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.