Contoh Pengiraan Merit UPU 2020 (Lepasan SPM)



Contoh Pengiraan Merit UPU 2020 (Lepasan SPM)|ADAKAH anda pelajar lepasan SPM/ Setaraf? Apakah syarat terkini kemasukan ke Universiti Awam (UA)? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ Setaraf yang berminat melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Berikut dikongsikan cara pengiraan merit UPU lepasan SPM/ setaraf buat panduan pelajar.

Contoh Pengiraan Merit UPU 2019 (Lepasan SPM)

Sedia maklum, kemasukan pelajar ke Universiti Awam bagi lepasan SPM/ setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Contoh Pengiraan Merit UPU 2020 (Lepasan SPM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh pengiraan merit kemasukan UPU bagi lepasan SPM/ setaraf:

Kriteria Pemilihan Kemasukan Universiti Awam (UA)

Berikut adalah kriteria pemilihan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier bagi program lepasan SPM/ setaraf:

1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum

2. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon

3. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan

4. Lulus temuduga/ ujian bagi program bertemuduga/ ujian

5. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan

6. Memenuhi syarat khas seperti ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

7. Melepasi tahap minimum Ujian MEDSI dan lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Proses Penentuan Aliran SPM

Kaedah penentuan aliran sains adalah dengan menggunapakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut:

Contoh Pengiraan Merit UPU 2019 (Lepasan SPM)

Bagi pemohon yang tidak tersenarai dalam komponen aliran sains sama ada pemohon di kategori SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf secara automatiknya diklasifikasikan ke aliran sastera. Aliran sastera adalah berdasarkan subjek berikut :

◾Bahasa Malaysia
◾Matematik
◾Sains
◾Sejarah
◾Pengajian Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ pengetahuan Moral

Cara Pengiraan Merit Lepasan SPM/ Setaraf

◾UA & Politeknik Premier: 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum

◾Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA: 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosial Ekonomi (SES)

Cara Pengiraan Merit Aliran Sains

◾90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.

◾30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

Contoh Langkah Pengiraan Merit Aliran Sains

Langkah Pertama
Andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran:

◾Bahasa Melayu A+
◾Bahasa Inggeris A+
◾Pendidikan Islam A+
◾Sejarah A+
◾Matematik A+
◾Matematik Tambahan A
◾Fizik A-
◾Kimia A
◾Biologi A

Langkah Kedua
Kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):

◾Matematik A+ = 18
◾Matematik Tambahan A = 16
◾Fizik A- = 14
◾Kimia A = 16
◾Biologi A- = 14
JUMLAH: 78

Langkah Ketiga
Kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil:

◾Bahasa Melayu A+ = 18
◾Bahasa Inggeris A+ = 18
◾Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH: 54

Langkah Keempat
Campur markah keseluruhan seperti berikut :

◾Markah Akademik = Markah Mata ◾Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
◾Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
◾Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
◾Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81

Cara Pengiraan Merit Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :

◾90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

◾30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Contoh Langkah Pengiraan Merit Aliran Sastera

Langkah Pertama

Andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:

◾Bahasa Melayu (A+)
◾Bahasa Inggeris (A+)
◾Pengetahuan Moral (B+)
◾Sejarah (C+)
◾Matematik (B)
◾Sains (B)
◾Perdagangan (C+)
◾Ekonomi Asas (C)
◾Ekonomi Rumah Tangga (A)

Langkah Kedua

Kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):

◾Bahasa Melayu A+ = 18
◾Matematik B = 10
◾Sains B = 10
◾Sejarah C+ = 8
◾Pengetahuan Moral B+ = 12
 JUMLAH 58

Langkah Ketiga

Kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):

◾Bahasa Inggeris A+ = 18
◾Ekonomi Rumah Tangga A = 16
◾Sejarah C+ = 8
JUMLAH 42

Langkah Keempat

Campur markah keseluruhan seperti berikut :

◾Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
◾Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
◾Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
◾Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan UPU 2020/2021 Online

Semoga perkongsian Cara Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM/ Setaraf ini dijadikan rujukan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.