Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2020 Online



Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2020 Online|ADAKAH anda memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa? Panduan buat anda lepasan Diploma/ STPM/ Matrikulasi yang ingin membuat permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2020 bakal dibuka secara online mulai 15 Ogos 2019 sehingga tarikh tutup 30 September 2019 melalui Portal Rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2019 Online

Sedia maklum, BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 https://www.yayasantar.org.my

2. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

3. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Syarat Kelayakan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2020

Antara syarat kelayakan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.

(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.

(iv) Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

Kadar Bantuan Dan Cara Bayaran

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR dan disalurkan melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

Selamat membuat permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.