Harga Renew Lesen Memandu 2021 Online (Di Pejabat Pos & JPJ)



Harga Renew Lesen Memandu 2021 Online (Di Pejabat Pos & JPJ)|BERAPAKAH harga terkini renew lesen memandu kenderaan bagi tahun 2021? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga terkini renew lesen memandu kereta dan motorsikal tahun 2021. Untuk makluman anda, kini anda boleh renew lesen memandu secara atas talian (online) dan melalui Pejabat Pos & JPJ. Berikut dikongsikan harga renew lesen memandu online tahun 2021 buat rujukan anda.

Harga Renew Lesen Memandu 2019 Terkini

Sedia maklum, anda boleh memperbaharui lesen memandu kompeten di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB). Tempoh Renew lesen memandu dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.

Harga Renew Lesen Memandu 2021 Online (Di Pejabat Pos & JPJ)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga renew lesen memandu 2021 di Pejabat Pos dan JPJ yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Harga Renew Lesen Kereta 2021 Terkini

◾1 tahun – RM30
◾2 tahun – RM60
◾3 tahun – RM90
◾4 tahun – RM120
◾5 tahun – RM150

Harga Renew Lesen Motosikal 2021 Terkini

◾1 tahun - RM20
◾2 tahun - RM40

Cara Renew Lesen Memandu Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

1. Hadir ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang berdekatan. 

2. Sila bawa MyKad/Pasport asal dan lesen memandu asal/salinan. 

Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos

1. Hadir ke Pejabat Pos yang berdekatan dengan anda. 

2. Sila bawa bersama kad pengenalan, lesen memandu asal dan slip lesen (pembaharuan kali pertama sahaja).

Senarai Dokumen Diperlukan Semasa Renew Lesen

1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
2. Pengenalan diri asal wakil;
3. Lesen memandu asal/salinan;
4. Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
5. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm; (untuk Wakil Sahaja)
6. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);

Info:
Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Manakala, bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas.

Artikel Berkaitan:

👉 Harga Lesen Memandu Kenderaan 2021

Semoga perkongsian Harga Renew Lesen Memandu 2021 Terkini ini dijadikan rujukan buat anda semua!

2 comments:

Powered by Blogger.