Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020 Online



Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020 Online|ADAKAH anda melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) di Malaysia? Berita baik buat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Politeknik. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020 boleh dibuat secara online melalui Yayasan Negeri Sembilan.

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2019 Online

Pada 28 Mac 2019, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan telah melancarkan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa berjumlah RM 100.00 setiap bulan mulai bulan April 2019. Bantuan ini adalah keperihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap Mahasiswa Anak Negeri Sembilan daripada kategori Kumpulan B40. Semua pelajar yang masih belajar (tidak kira tahun pengajian) layak memohon BSH anak Negeri Sembilan 2019 sebanyak RM100 sebulan.

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Yayasan Negeri Sembilan di pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

2. Isikan borang permohonan dengan betul dan lengkap.

Syarat Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

Syarat-syarat permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan:

1. Pengajian IPTA atau Politeknik sahaja.
2. Pelajar mestilah dilahirkan di Negeri Sembilan dan ibu/bapa lahir di Negeri Sembilan.
3. Jikalau pelajar tidak lahir di Negeri Sembilan, pelajar mestilah menetap di Negeri Sembilan lebih daripada 8 tahun (sijil berhenti sekolah diperlukan).
4. Gaji ibu bapa / seisi rumah tidak melebihi daripada RM3930.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi di Talian 06-7628046 untuk maklumat lanjut.

Selamat membuat Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.