Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2024 (Tarikh Bayaran)



Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2024 (Tarikh Bayaran)|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Anak Emas Pulau Pinang? Perhatian buat warga Negeri Pulau Pinang yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Anak Emas Pulau Pinang tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi iSejahtera atau mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR. Berikut dikongsikan Permohonan Anak Emas Penang 2024 Online buat rujukan anda.

Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2019

Sedia maklum, setiap bayi yang didaftarkan dalam program Anak Emas akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off). Selain program Anak Emas Pulau Pinang, terdapat program atau bantuan lain yang ditawarkan seperti Warga Emas dan Ibu Emas buat pemohon yang layak.

Borang Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2024 (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Anak Emas Pulau Pinang beserta syarat kelayakan, dokumen penting dan tarikh bayaran:

Cara Permohonan Anak Emas Pulau Pinang 2024 Online

1. Layari Portal Rasmi iSejahtera 


2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan. Klik pada butang "Semak/Mohon".

3. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

Syarat Kelayakan Anak Emas Pulau Pinang 2024

Antara syarat kelayakan Anak Emas Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3. Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.

Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan

1. Salinan Sijil Kelahiran anak
2. Salinan MYKID
3. Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu
4. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). 

Tarikh Bayaran Anak Emas Pulau Pinang 2024

Berikut dikongsikan Tarikh Pembayaran Anak Emas Penang tahun 2024:

- Mulai 8 hingga 10 Mac 2023 secara berperingkat

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang

No. Telefon : 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks : 04-261 1064

Selamat membuat Permohonan Anak Emas Pulau Pinang tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Anak Emas Penang!

1 comment:

Powered by Blogger.