Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 2022 (Cara Daftar)



Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 2022 (Cara Daftar)|BERITA baik buat anda khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin yang ingin membuat permohonan program rebat bil elektrik RM40. Untuk makluman anda, pendaftaran Rebat Bil Elektrik RM40 wajib dibuat melalui sistem e-Kasih terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online. Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 2019

Sedia maklum, Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008.

Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 2022 (Cara Daftar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Daftar Rebat Bil Elektrik RM40 2022

1. Untuk memohon, anda wajib mendaftar dengan sistem e-Kasih terlebih dahulu.

2. Pendaftaran boleh dibuat samada di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

3. Selepas selesai pendaftaran dibuat, anda boleh membuat semakan adakah anda layak menerima rebat ini dengan melayari Portal Rasmi MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/

Syarat Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 2022

Antara syarat kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah seperti berikut:

1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang
disenaraikan dalam Sistem eKasih;

2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;

3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan
dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;

4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan
miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;

5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;

6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);

7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;

8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa;

9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 2019

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Rebat Bil Elektrik RM40

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.

Selamat membuat Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 tahun 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.