e-Panduan 2020 Semakan Syarat Kemasukan UPU



e-Panduan 2020 Semakan Syarat Kemasukan UPU|APAKAH syarat terkini kemasukan UPU dan senarai program pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA)? Perhatian buat pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam/ IPTA/ ILKA ambilan 2020/2021. Untuk makluman anda, semakan syarat kemasukan UPU dan senarai program pengajian boleh dibuat secara online melalui Sistem e-Panduan.

e-Panduan 2020 Semakan Syarat Kemasukan UPU

e-Panduan 2020 Semakan Syarat Kemasukan UPU

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU dan UA yang mempunyai 3 fungsi utama iaitu pengenalan UA/ Politeknik, senarai program dan syarat khas:

A. Fungsi Pengenalan UA/ Politeknik

Anda boleh membuat semakan pengenalan setiap universti awam di Malaysia bagi lepasan SPM, STPM dan Setaraf untuk mengetahui maklumat penuh alamat, nombor telefon dan latar belakang lain institusi berkenaan.

B. Fungsi Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Untuk bahagian ini, pelajar boleh memilih senarai program pengajian yang ditawarkan di setiap institusi di Malaysia. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui jenis kod dan program yang ditawarkan di institusi yang ditawarkan.

C. Fungsi Syarat Am/ Khas Program

Bagi fungsi ini anda boleh mengetahui syarat am dan khas bagi setiap program yang ditawarkan. Calon boleh ketahui maklumat berkenaan tentang universiti, kategori, aliran dan fakulti.

Cara Semakan Syarat Kemasukan e-Panduan 2020

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi Sistem e-Panduan secara online melalui pautan seperti berikut:
👉 SEMAKAN SYARAT UA LEPASAN SPM
👉 SEMAKAN SYARAT UA LEPASAN STPM

2. Isikan maklumat yang diperlukan oleh sistem seperti Universiti Awam, Kategori, Aliran, Fakulti dan Pendidikan.

3. Maklumat keputusan anda akan dipaparkan di screen.

Artikel Berkaitan:

👉 Tarikh Penting Permohonan UPU 2020/2021

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai UPU, anda boleh hubungi di:

Facebook Page: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
Talian Helpline: (03) 8870 8200, (03) 88706767, (03) 8870 6777

Semoga perkongsian e-Panduan 2020 Semakan Syarat Kemasukan UPU ini dijadikan rujukan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.