Sistem e-MAS 2020 Semakan Syarat Kelayakan UPU



Sistem e-MAS 2020 Semakan Syarat Kelayakan UPU|APAKAH syarat kelayakan kemasukan UPU bagi tahun 2020? Tahniah buat pelajar SPM yang telah berjaya mendapat keputusan SPM dengan cemerlang. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat semakan syarat kelayakan melalui Sistem Semak Syarat e-MAS bagi kemasukan ke Universiti Awam melalui Permohonan UPU Online.

Sistem e-MAS 2020 Semakan Syarat Kelayakan UPU

Sedia maklum, Sistem Semak Syarat e-MAS adalah aplikasi semakan secara atas talian yang dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. e-MAS (Electronic Management Of Admission System) ini dapat memudahkan para pelajar memilih program kursus pengajian dan institusi pendidikan yang bersesuaian. Ianya merangkumi kelayakan memasuki program pengajian di UA seperti Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Sistem e-MAS 2020 Semakan Syarat Kelayakan UPU

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan e-MAS syarat kelayakan permohonan UPU melalui sistem Semak Syarat e-MAS:

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi Sistem e-MAS secara online melalui pautan seperti berikut:
👉 SEMAKAN SYARAT UA LEPASAN SPM
👉 SEMAKAN SYARAT UA LEPASAN STPM

2. Isikan maklumat yang diperlukan oleh sistem seperti Universiti Awam, Kategori, Aliran, Fakulti dan Pendidikan.

3. Maklumat keputusan anda akan dipaparkan di screen.

Sistem e-MAS 2020 Semakan Syarat Kelayakan UPU

Semakan Syarat Kelayakan UiTM dan Politeknik

Bagi calon yang ingin membuat Permohonan kemasukan ke UiTM dan Politeknik, anda boleh membuat semakan melalui pautan seperti berikut:

👉 Sistem Selangkah UITM
👉 e-Semak Politeknik

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU e-MAS ini dapat memudahkan pelajar membuat semakan syarat kelayakan UPU!

No comments

Powered by Blogger.