Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2020 Online

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2020 Online|BILAKAH tarikh pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat bagi tahun 2020? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Perajurit Muda Tentera Darat ambilan tahun 2020. Untuk makluman anda, pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2020 telah dibuka secara online sehingga bulan Januari 2020 menerusi Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia.

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2020 Online

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Perajurit Muda Tentera Darat beserta syarat kelayakan akademik dan kelayakan asas:

Borang Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2020

1. Pemohon perlu layari Aplikasi Jom Masuk Tentera secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://apps.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/

2. Hanya calon yang mengisi borang permohonan secara online dan mempunyai syarat kelayakan yang bakal terpilih untuk pemilihan awal.

3. Calon perlu hadir ke Pusat Pemilihan
bersama bersama borang permohonan
yang dicetak di laman sesawang TDM.

Syarat Kelayakan Akademik Perajurit Muda Tentera Darat 2020

Antara Syarat Kelayakan Akademik dan Asas Tentera Darat 2020 adalah seperti berikut:

A. Syarat Kelayakan Akademik

A. LELAKI

1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek Bahasa Melayu dan salah satu subjek Matematik/ Sains/ Bahasa Inggeris.

2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu Koleh Vokasional 1104, subjek Matematik, Sains dan LULUS Bahasa Inggeris.

3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu.

4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan ke atas dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu peringkat SPM.

5. Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/ Jururawat Terlatih/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu peringkat SPM.

B. WANITA

B. Syarat Kelayakan Asas

1. Umur. Pemohon mesti berusia diantara
    18 hingga 25 tahun pada 1 JANUARI 2019.
2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan,
    penglihatan dan pendengaran dalam
    keadaan baik tanpa alat bantuan.
3. Kecergasan Jasmani. Memiliki
    kecergasan jasmani yang tinggi.
4. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang
    sedang aktif mewakili NEGERI atau
    NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf
    dalam sukan tertentu.

C. Syarat Minimal Ukuran Fizikal

i. Ukuran

◾Tinggi: 1.62 m
◾Berat: 47.5 kg
◾BMI: 18 - 26.0
◾Ukuran Dada Biasa: 76 sm
◾Ukuran Dada Kembang: 81 sm

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen penting yang diperlukan:

1. Kad Pengenalan (Asal dan 1 salinan)
2. Sijil Kelahiran (Asal dan 1 salinan)
3. Sijil SPM/STPM/STAM/SKM (Asal dan 1
    salinan)
4. Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang
    menduduki SPM 2017 sahaja (Asal dan 1
    salinan)
5. Sijil SVM bersama transkrip (Asal dan 1
    salinan)
6. Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat
    hendaklah mempunyai Malaysia
    Qualification Agency (MQA): (Asal dan 1
    salinan)
7. Diploma Kejururawatan: Wajib lulus
    peperiksaan dan berdaftar dengan
    Lembaga Jururawat Malaysia
8. Sijil Berhenti Sekolah (Asal dan 1 salinan)
9. Sijil Penglibatan dan pengiktirafan sukan
    dan muzik
10. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa (Asal
      dan 1 salinan)
11. Sijil Kematian ibu bapa yang telah
      meninggal dunia
12. Salinan surat nikah/sijil pendaftaran.
      perkahwinan (1 Salinan)
13. Sekeping gambar terkini berukuran
      passport
14. Sampul Surat Pos Ekspres
15. Pemohon mestilah mempunyai email
       sendiri

Artikel Berkaitan:

👉 Tarikh Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2020

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

SEL PENGAMBILAN PERAJURIT
MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR

No. Tel: 03 - 2071 6030/4254

Selamat membuat Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.