Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022 Online (Semakan Status)|ANDA berminat dan ingin memiliki rumah idaman sendiri? Perhatian buat anda yang bermastautin dan bekerja di Wilayah Persekutuan serta mempunyai pendapatan sederhana sebulan yang berminat membuat permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur (Residensi Wilayah) tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Residensi Wilayah.

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online

Sedia maklum, Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel.

2. Di bahagian atas kanan halaman portal, klik butang ‘Daftar’ atau klik butang
‘Daftar Akaun’ di bahagian kanan tengah halaman portal.

3. Bagi permohonan yang telah berdaftar sebelum 28 Jun 2019, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan kepada pihak pemaju yang berkaitan. Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online

4. Lengkapkan profil peribadi dan pilih projek yang diminati.

5. Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan serta muat naik dokumen.

6. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RESIDENSI WILAYAH untuk menyemak status permohonan semasa.

Jenis Rumah Yang Ditawarkan

Antara jenis rumah yang ditawarkan adalah sepert berikut:

Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Lahir menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
4. Pendapatan kasar bulanan dibawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Berkahwin)
5. Permohonan mestilah berdaftar di Portal Residensi Wilayah
6. Sekatan jualan (moratorium 10 tahun)

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online

Semakan Status Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2022

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur, sila hubungi di:

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03-26179154
Faks: 03-8889 7640
Emel: urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my

Selamat membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur tahun 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.