Semakan Penyata KWSP 2020 Online i-Akaun



Semakan Penyata KWSP 2020 Online i-Akaun|BAGAIMANA cara membuat semakan penyata KWSP secara online? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan penyata caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Akaun. Untuk makluman anda, semakan penyata KWSP 2020 boleh dibuat secara online melalui perkhidmatan i-Akaun.

Semakan Penyata KWSP 2020 Online i-Akaun

Sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan suatu badan keselamatan sosial yang membekalkan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya. Sistem atas talian yang diwujudkan oleh KWSP boleh diakses oleh para pekerja dan majikan bagi akaun masing-masing. Pastikan sebelum anda mengakses secara online, anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

Semakan Penyata KWSP 2020 Online i-Akaun

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Semakan Penyata Caruman KWSP secara online melalui perkhidmatan i-Akaun:

Cara Semakan Penyata KWSP 2020 Online

1. Pertama kali, anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun KWSP secara hadir ke mana-mana kaunter KWSP, kiosk KWSP atau juga menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 89226000 bagi mendapatkan kod pengaktifan.

2. Untuk mengetahui atau menyemak baki terkini, klik Akaun Peribadi. Pilih tahun diruangan "Lihat Penyata Bagi Tahun" dan klik "Cari".

3. Anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata ahli.

4. Klik Cetak untuk mencetak terus penyata atau klik Muat Turun untuk memuat turun Penyata Semasa Tahun.

Log Masuk KE i-Akaun KWSP

1. Pengaktifan perlu dibuat melalui Laman Web Rasmi KWSP melalui https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login dalam tempoh 30 hari.

2. Selepas anda mendapatkan No. PIN, layari pautan di Portal KWSP. Kemudian, klik pada logo 'Ahli'.

3. Isikan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik seterusnya.

4. Kemudian, isikan Kata Laluan sementara diterima melalui SMS dan klik Login.

5. Selepas pengaktifan akaun berjaya dibuat, anda boleh menukar ID Pengguna yang baru.

6. Cipta Kata Laluan dan sahkan. Pilih Imej Online.

7. Isikan Frasa Rahsia dan klik pada butang 'Seterusnya'.


Kelayakan Untuk Mendaftar i-Akaun

A. Ahli
- Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli
  dan nombor KWSP yang sah

B. Majikan
- Majikan yang mempunyai nombor KWSP
  yang sah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.

Selamat membuat Semakan Penyata KWSP secara online melalui i-Akaun! 

No comments

Powered by Blogger.