Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online



Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online|BILAKAH tarikh semakan status permohonan Residensi Wilayah bagi tahun 2023? Perhatian buat anda yang telah membuat permohonan Rumah Mampu Milik WP (Residensi Wilayah) tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan status Residensi Wilayah 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Residensi Wilayah.

Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online

Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status permohonan Residensi Wilayah:

Cara Semakan Status Residensi Wilayah 2023 Online

1. Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di Portal Residensi Wilayah seperti berikut:
KLIK 👉 https://residensiwilayah.kwp.gov.my/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pemohon dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Kemudian, klik pada butang 'SEMAK STATUS' dan maklumat tawaran akan dipaparkan di screen anda.

Syarat Kelayakan Permohonan Residensi Wilayah 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Residensi Wilayah adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat;

2. Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;

3. Pemohon mestilah dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan;

4. Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.

5. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;

6. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Wilayah.

Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Kementerian Wilayah Persekutuan, Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62100 Putrajaya

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-26179154

Selamat membuat Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Residensi Wilayah!

No comments

Powered by Blogger.