Syarat Kemasukan ILP 2022 (Institut Latihan Perindustrian)



Syarat Kemasukan ILP 2022 (Institut Latihan Perindustrian)|ANDA berminat melanjutkan pengajian di ILP? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan melanjutkan pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) tahun 2022. Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2022 buat rujukan anda.

Syarat Kemasukan ILP 2020 (Institut Latihan Perindustrian)

Sedia maklum, Institut Latihan Perindustrian atau nama ringkasnya ILP adalah institusi kemahiran yang ditubuhkan dibawah Jabatan Tenaga Malaysia (JTM) yang menawarkan pelbagai latihan dan kursus-kursus dalam beberapa bidang antaranya iaitu elektrikal, pencetakan, jurugegas dan sebagainya. Terdapat 23 buah institusi ILP di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis latihan kemahiran dan teknikal.

Syarat Kemasukan ILP 2022 (Institut Latihan Perindustrian)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Syarat Kemasukan ILP sesi pengambilan Januari dan Julai:

Syarat Kemasukan ILP 2022

Antara Syarat Kemasukan ILP 2022 adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Calon adalah warganegara Malaysia.

2. Berumur 17 tahun hingga 35 tahun.

3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak atau cacat fizikal.

B. SYARAT AKADEMIK

1. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.

2. Bagi lepasan SPM hendaklah memenuhi syarat-syarat khas akademik seperti berikut di PANDUAN SYARAT KEMASUKAN LEPASAN SPM.

3. Bagi lepasan SKM/ ST hendaklah memenuhi syarat-syarat khas akademik seperti berikut di PANDUAN SYARAT KEMASUKAN LEPASAN SKM/ ST.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Malaysia,
Aras 6 Blok D4, Kompleks D
62530 Putrajaya

No. Tel: 03 - 8886 5551
Emel: jtm@mohr.gov.my

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan ILP 2022 (Institut Latihan Perindustrian) ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

No comments

Powered by Blogger.