Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021 Online (Borang)



Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021 Online (Borang)|ADAKAH anda ingin melanjutkan pengajian ke IPT di Malaysia? Perhatian buat anda yang berminat membuat pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ PHD. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021 boleh dibuat secara online mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Mac 2020 melalui laman sesawang http://www.espmb.com/maidam_zakat.

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2020 Online (Borang)

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status MAIDAM:

Cara Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di http://www.espmb.com/maidam_zakat

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Tarikh Daftar Pengajian. Klik pada butang "Masuk".

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM adalah seperti berikut:

1. Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

2. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.

3. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap/bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung

4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.

5. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/ Pra Diploma/ Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.

6. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA

7. Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.

8. Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.

9. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Semakan Status Bantuan Awal Pengajian MAIDAM 2021

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing:

Kuala Terengganu  09-630 30 30
Marang  09-618 33 17
Hulu Terengganu  09-681 78 09
Dungun  09-845 28 10
Kemaman  09-859 45 45
Setiu  09-609 03 07
Besut  09-697 53 23
Kerteh  09-826 64 63
Kuala Nerus  09-662 2910

Selamat membuat Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.