Permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020



Permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020|ADAKAH anda ingin memohon Skim Bantuan Kesihatan? Perhatian buat anda yang menetap di Negeri Kelantan yang berkelayakan membuat permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020 boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat ADUN di kawasan masing-masing.

Permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020

Sedia maklum, kerajaan Negeri Kelantan trlah menawarkan satu skim kesihatan buat pesakit kronik yang memerlukan rawatan ulangan atau sukar sembuh disebabkan kesan penyakit.

Permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan aplikasi permohonan Skim Bantuan Kesihatan beserta syarat kelayakan:

Cara Permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020

1. Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di Pejabat DUN yang berdekatan.

2. Permohonan mestilah dikemukakan bersama-sama salinan kad pengenalan, surat beranak (kanak-kanak) dan surat pengesahan terkini daripada Doktor bertauliah beserta dokumen-dokumen lain.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Pejabat DUN.

4. Hanya borang pemohon yang layak sahaja akan diproses.

Syarat Kelayakan Skim Bantuan (Penyakit Kronik) Kelantan 

Antara Syarat Kelayakan Skim Bantuan (Penyakit Kronik) Kelantan adalah seperti berikut:

1. Menetap atau bermastautin di negeri Kelantan

2. Pendapatan isi rumah dibawah RM1,200 sebulan

3. Bagi pemohon yang terlantar atau kanak-kanak hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan pihak penjaga

Selamat membuat Permohonan Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan tahun 2020!

No comments

Powered by Blogger.