Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Bantuan Persekolahan YAPEIM)



Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Bantuan Persekolahan YAPEIM)|ANDA berkelayakan membuat bantuan persekolahan anak-anak anda tahun 2020? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat Permohonan Bantuan Persekolahan YAPIEM B40 (Dana Inspirasi Malaysia) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 Disember 2019 hingga 31 Januari 2020 menerusi Laman Sesawang http://inspirasiku.yapeim.my/. Berikut dikongsikan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Bantuan Persekolahan YAPEIM) buat rujukan anda.

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Bantuan Persekolahan YAPEIM)

Sedia maklum, Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) diwujudkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyasarkan kutipan sebanyak RM40 juta bagi membantu pelajar yang memerlukan dalam kalangan keluarga B40. Inisiatif ini juga dapat memberi bantuan kepada hampir 40,000 pelajar daripada keluarga B40 bagi memulakan sesi persekolahan serta persediaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Bantuan Persekolahan YAPEIM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan Dana Inspirasi Malaysia:

Cara Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku)

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang YaPEIM iaitu http://inspirasiku.yapeim.my/

Atau:
Memuatnaik turun borang permohonan daripada laman sesawang http://inspirasiku.yapeim.my/

Atau:
Mendapatkan borang permohonan di 212 buah cawangan Ar Rahmu YaPEIM atau Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM.

2. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu :

i. Satu salinan kad pengenalan pemohon
ii. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
iii. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
iv. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
v. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
vi. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
vii. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
viii. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
x. Nombor akaun Bank

2. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

3. Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut ;

i. Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
ii. Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
iii. Emel ke alamat pembangunankomunitiyapeim@gmail.com
iv. Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
v. Pejabat YAPEIM Negeri

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 adalah seperti berikut:

1. Permohonan mesti atas nama ibu bapa/penjaga.

2. Mestilah Warganegara Malaysia.

3. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.

4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi Kategori B40.

Jumlah dan Kadar Bantuan

◾Pelajar Sekolah – Sehingga RM500
◾Pelajar Institusi Pengajian Tinggi – Sehingga RM1,000

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Bantuan Persekolahan YAPEIM)

Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

Tel: +6(0) 3-2717 2717
Faks: +6(0)3 2717 2616
Email: responseyapeim@gmail.com

Selamat membuat Permohonan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.