Semakan Status RMMJ 2022 Online (Rumah Mampu Milik Johor)



Semakan Status RMMJ 2022 Online (Rumah Mampu Milik Johor)|ADAKAH anda membuat permohonan RMMJ bagi tahun 2022? Perhatian buat pemohon yang ingin membuat semakan status permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) tahun 2022. Untuk makluman anda, semakan status permohonan RMMJ 2022 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi eRumah Johor. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status RMMJ 2022 buat rujukan anda.

Semakan Status RMMJ 2020 Online (Rumah Mampu Milik Johor)

Semakan Status RMMJ 2022 Online (Rumah Mampu Milik Johor)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Status Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara online:

Cara Semakan Status Permohonan RMMJ 2022 Online

1. Anda boleh layari eRumah Johor secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan

2. Masukkan No. Kad Pengenalan diruangan yang disediakan. Klik pada butang 'Cari'.

Syarat Kelayakan Permohonan RMMJ 2022

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Johor:

◾Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
◾Berkahwin/Bujang layak memohon
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
◾Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
◾Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
◾Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RMMJ, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Selamat membuat Semakan Status Permohonan RMMJ tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran RMMJ!

No comments

Powered by Blogger.