Tarikh Mula Program Sarapan Pagi 2020 (Senarai Sekolah)



Tarikh Mula Program Sarapan Pagi 2020 (Senarai Sekolah)|BILAKAH tarikh mula pelaksanaan Program Sarapan Pagi tahun 2020? Panduan buat anda yang ingin ketahui tarikh mula dan senarai sekolah yang melaksanakan Program Sarapan Pagi 2020. Untuk makluman anda, pelaksanaan Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari 2020 membabitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari.

Tarikh Mula Program Sarapan Pagi 2020 (Senarai Sekolah)

Sedia maklum, pelaksanaan PSP fasa pertama akan menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab ‘n’ Go yang terdiri daripada menu minuman produk tenusu atau minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwic, buah-buahan atau telur rebus. Kumpulan sasar bagi program ini adalah semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan anggaran seramai 2.7 juta orang.

Tarikh Mula Program Sarapan Pagi 2020 (Senarai Sekolah)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Tarikh Mula dan Senarai Sekolah Yang Melaksanakan Program Sarapan Pagi 2020:

Waktu pelaksanaan PSP adalah antara jam 7 pagi hingga jam 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan jam 1 hingga 4 petang bagi persekolahan sesi petang, mengikut ketetapan pengurusan sekolah. Pemilihan 100 sekolah dalam fasa pertama dilaksanakan berdasarkan keutamaan kepada sekolah yang mempunyai peratus tertinggi murid daripada golongan B40 di setiap negeri.

Info Penting Program Sarapan Pagi 2020


Tarikh Mula Program Sarapan Pagi 2020 (Senarai Sekolah)

Semoga perkongsian Tarikh Mula Program Sarapan Pagi 2020 (Senarai Sekolah) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.