Cara Daftar Grabfood Rider Malaysia 2022 Online



Cara Daftar Grabfood Rider Malaysia 2022 Online|ANDA berminat dan ingin menjadi sebagai Grabfood Rider Malaysia? Bagaimana cara daftar Grabfood Rider secara online? Perhatian buat anda yang berminat dan ingin ketahui cara daftar Grabfood Rider Malaysia. Berikut dikongsikan Cara Daftar Grabfood Rider Malaysia 2022 secara online buat panduan anda.

Cara Daftar Grab Food Rider Malaysia 2020 Online

Sedia maklum, GrabTaxi Holdings Pte. Ltd atau mudah dikenali sebagai Grab merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang berpengkalan di Singapura. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan ini melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja. Kini, Grab mempunyai bukan sahaja servis pengangkutan, tambahan lagi mempunyai servis lain seperti GrabExpress dan Grabfood.

Cara Daftar Grabfood Rider Malaysia 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Grabfood Rider Malaysia secara online termasuk syarat kelayakan permohonan dan gaji:

Daftar Grabfood Rider Online

1. Layari Laman Web Grab secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.grab.com/my/

2. Klik pada butang Grab Our Partner. Tertera pilihan dibawah butang ini; Grab Driver, Grab Delivery Partner, Food Merchant dan Pay Merchant.

3. Pilih Grab Delivery Partner.

4. Masukkan maklumat diri anda seperti Nama Penuh, No. Telefon dan Bandar.

5. Tick pada checkbox reCaptcha. Klik pada butang "Submit".

6. Anda akan dihubungi oleh pihak Grab untuk membuat pilihan sama ada anda ingin membuat servis GrabExpress atau Grabfood.

7. Pilih Grabfood. Anda akan menerima SMS daripada pihak Grab mengenai pin code enam digit.

8. Masukkan enam digit tersebut pada kotak diruangan yang disediakan.

9. Pada laman seterusnya, muat naik gambar profil anda dan baca dan fahami segala terma yang perlu dipenuhi.

10. Klik pada butang yang menandakan anda terima dan bersetuju dengan terma tersebut. Selesai!

Syarat Kelayakan Grabfood Rider Malaysia 2022

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Grab Food Rider adalah seperti berikut:

1. Mempunyai telefon pintar (iOS atau Android) dengan plan data yang aktif

2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
Warganegara Malaysia.

3. Mempunyai motosikal sendiri. Pastikan cukai jalan anda aktif.

4. Mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah.

Semoga perkongsian Cara Daftar Grabfood Rider Malaysia secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.