Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2024 Online (Semakan Status)



Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anak muda Negeri Selangor yang berkelayakan membuat permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE Selangor) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan RIDE Selangor 2024 boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://ride.msnselangor.gov.my/. Berikut dikongsikan Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Online

Sedia maklum, Belanjawan Selangor 2020 telah memperuntukkan RM1 juta bagi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE). Tempoh permohonan subsidi RM350 untuk mengambil lesen motosikal kepada golongan belia akan dibuka mulai 1 Mac ini. Keutamaan akan diberikan kepada hampir 3,000 anak muda dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar bagi membantu golongan belia mencari pekerjaan.

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) beserta syarat kelayakan permohonan, kadar bantuan dan semakan status:

Cara Permohonan RIDE Selangor 2024 Online

1. Layari laman web secara online menerusi pautan di https://ride.msnselangor.gov.my/.

2. Kemudian, isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

3. Seterusnya, muat naik dokumen yang diperlukan diruangan yang disediakan.

4. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.

Syarat Kelayakan Roda Darul Ehsan 2024

Antara Syarat Kelayakan Roda Darul Ehsan adalah seperti berikut:

1. Anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.

2. Berumur 17-40 tahun sahaja.

3. Mempunyai lesen memandu B2 yang sah.

4. Bekerja sepenuh masa sebagai Rider p-Hailing yang sah.

5. Belum pernah menerima inisiatif RiDE pada tahun-tahun sebelumnya.

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

- Tangkapan skrin atau cetakan daftar pemilih.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
- Salinan Lesen Memandu B2
- Salinan Bil Utiliti (Bil AIr/Elektrik)
- Salinan ID Rider e-Hailing
- Salinan penyata bank yang mempunyai nama dan no. akaun pemohon

Kadar Bantuan RIDE Selangor

Kadar bantuan yang akan diberikan bagi belia yang layak adalah seperti berikut:

◾Tunai: RM500
◾KWSP: RM50

Semakan Status RIDE Selangor 2024 Online

*Akan dikemaskini

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2023 Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RIDE SELANGOR, sila layari laman web https://ride.msnselangor.gov.my/ atau ke alamat dibawah:

Urus Setia RiDE
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Selamat membuat permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Roda Darul Ehsan!

No comments

Powered by Blogger.