Jadual Kadar Caruman KWSP Socso 2023 (Semakan)



Jadual Kadar Caruman KWSP Socso 2023 (Semakan)|APAKAH jadual kadar caruman KWSP bagi tahun 2023? Perhatian buat anda pencarum KWSP yang ingin ketahui kadar dan jadual caruman KWSP Socso tahun 2023. Bermula 1 September 2022, PERKESO akan menguat kuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan. Amaun caruman yang terpakai bagi pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 sebulan adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800. Bagi pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 sebulan, amaun caruman adalah mengikut had siling RM5,000. Berikut dikongsikan Jadual Kadar Caruman KWSP EPF 2023 buat rujukan anda.

Jadual Kadar Caruman KWSP 2020

Sedia maklum, mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman. Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan. Portal ASSIST PERKESO boleh dilawati dengan melayari www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST.

Jadual Kadar Caruman KWSP Socso 2023 (Semakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Jadual Kadar Caruman KWSP EPF 2023 termasuk tempoh pembayaran:

Kadar Caruman KWSP 2023 Terkini

1. Pengurangan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 11 peratus kepada tujuh peratus di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 berkuatkuasa mulai upah pekerja April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja Disember 2020 (caruman Januari 2021).

Jadual Kadar Caruman KWSP Socso 2023 (Semakan)

Sumber EPF Contribution Table (PDF):

Tempoh Pembayaran Caruman KWSP

1. Tempoh Pembayaran Caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).

Jenis Kategori Caruman KWSP

Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Caruman ini terbahagi kepada dua (2) jenis:

1. Caruman Jenis Pertama

Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman kena dibayar oleh majikan dan pekerja adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja itu, mengikut kadar jadual caruman yang telah ditetapkan.

Nota: Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah dibayar sebelum 55 tahun kerana tidak layak di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969.

2. Caruman Jenis Kedua

Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja, iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja itu, mengikut jadual caruman yang telah ditetapkan. Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.

Nota: Bagi pekerja baharu yang mulai umur 55 tahun, mereka hendaklah dicarumkan di bawah Jenis Kedua.

Jadual Kadar Caruman KWSP Socso 2023 (Semakan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan KWSP, ahli dan majikan boleh merujuk laman sesawang KWSP di kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000.

Artikel Berkaitan:

👉 Kadar Dividen KWSP 

Semoga perkongsian Jadual Kadar Caruman KWSP 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.