Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 Online



Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 Online|ADAKAH anda memerlukan bantuan kewangan akibat wabak COVID-19? Berita baik buat peniaga kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri Pulau Pinang dan pendapatan bulanan peniaga tidak melebihi RM2,000 yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 boleh dibuat secara online mulai 20 hingga 24 Mac 2020 menerusi laman sesawang www.zakatpenang.com.

Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 Online

Sedia maklum, Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Peniaga yang dijangka membuat permohonan untuk skim bantuan khas ini seramai 5,000 orang. Bantuan akan diberikan kepada peniaga-peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, penjaja tepi jalan, tukang gunting rambut kecil-kecilan.

Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020

1. Pemohon perlu mengisi borang Skim Bantuan Khas Peniaga Kecil Asnaf ZPP, yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.zakatpenang.com bermula 20 Mac hingga 24 Mac 2020.

2. Pemohon juga perlu mendapatkan pengesahan daripada kariah masjid di tempat mereka bermastautin sebelum menghantar borang itu ke ZPP.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 adalah seperti berikut:

1. Pendapatan bulanan peniaga tidak melebihi RM2,000
2. Pemohon tiada wang simpanan melebihi RM5,000
3. Pemohon harus bermastautin dan menjalankan perniagaan di Pulau Pinang.
4. Hanya ketua keluarga yang layak memohon bagi setiap isi rumah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi layari laman web www.zakatpenang.com

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas RM500 Zakat Pulau Pinang 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.