Cara Bayar Bil SESB 2022 Online CIMB Clicks & Maybank2u



Cara Bayar Bil SESB 2022 Online CIMB Clicks dan Maybank2u|BAGAIMANA cara bayar bil SESB secara online? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara bayar bil SESB secara online melalui CIMB Clicks dan Maybank2u. Berikut dikongsikan Cara Bayar Bil SESB Online Melalui CIMB Clicks dan Maybank2u buat rujukan anda.

Cara Bayar Bil SESB 2020 Online CIMB Clicks & Maybank2u

Sedia maklum, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merupakan sebuah syarikat yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB dimiliki bersama oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Tenaga Nasional Berhad.

Cara Bayar Bil SESB 2022 Online CIMB Clicks dan Maybank2u

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Bayar Bil SESB secara online melalui CIMB Clicks dan Maybank2u:

Cara Bayar Bil SESB Online Melalui CIMB Clicks

1. Masukkan User ID dan Kata Laluan yang disahkan.

2. Selepas log masuk, klik pada menu "Pay Bills".

3. Untuk membuat pembayaran, taip SESB untuk Sabah Electricity Sdn Bhd. Masukkan No. Bil yang tertera pada bil anda.

4. Masukkan No. Kod Stesen dan No. Akaun.

5. Kemudian, masukkan amaun/ jumlah yang ingin dibayar.

6. Klik "Make Payment" untuk confirm pembayaran anda.

Cara Bayar Bil SESB Online Melalui Maybank2u

1. Login masuk ke akaun Maybank2u anda.

2. Pada bahagian "Quick Link", pilih "Bill Payment" dan klik GO.

3. Kemudian, klik pada butang "Make a one-off payment". Pilih menu "Utilities" dan klik Continue.

4. Pilih menu "Sabah Electricity Sdb Bhd" dan klik Continue.

5. Masukkan maklumat seperti jumlah perlu dibayar, customer account number dan No. Telefon.

6. Klik request for TAC dan masukkan No. TAC yang dihantar di telefon anda.

7. Klik print receipt sebagai simpanan atau rujukan.

Semoga perkongsian Cara Bayar Bil SESB Online CIMB Clicks dan Maybank2u ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.