Cara Terminate ASB Loan 2020 (Maybank & CIMB)



Cara Terminate ASB Loan 2020 (Maybank dan CIMB)|ADAKAH anda peminjam ASB? Bagaimana cara terminate pinjaman ASB dengan mudah? Perhatian buat peminjam ASB yang ingin ketahui cara terminate pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun 2020. Berikut dikongsikan Cara Terminate ASB Loan 2020 Maybank dan CIMB Bank buat rujukan anda.

Cara Terminate ASB Loan 2020 (Maybank & CIMB)

Sedia maklum, pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan ke atas peminjam ASB menggunakan kaedah pengurangan baki. Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB seperti perkhidmatan RHB, Maybank dan CIMB Bank.

Cara Terminate ASB Loan 2020 (Maybank dan CIMB)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Terminate ASB Loan 2020 Maybank, CIMB Bank dan RHB:

Cara Terminate ASB Loan Maybank 2020

1. Pertama kali, anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan Maybank beserta bawa kad pengenalan anda.

2. Sertakan nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.

3. Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB. 

4. Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.

5. Anda perlu myatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda. 

6. Anda akan diberikan borang daripada pegawai bank iaitu borang membatalkan pinjaman ASB anda.

7. Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari. Selesai!

Cara Terminate ASB Loan CIMB 2020

1. Pertama kali, anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB beserta bawa sekali kad pengenalan anda.

2. Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.

3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.

4. Anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.

5. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank. Selesai!

Cara Terminate ASB Loan RHB 2020

1. Anda perlu kunjungi cawangan bank RHB beserta dokumen yang perlu call customer service dulu untuk maklumkan cancellation. Customer Service akan memberi maklumat kepada anda berkaitan terminate ASB Loan.

2. Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.

3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.

4. Anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.

5. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.

6. Anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari. Selesai!

Artikel Berkaitan:

👉 Kadar Bayaran Dividen ASB 2020

Semoga perkongsian Cara Terminate ASB Loan 2020 (Maybank dan CIMB) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.