Harga Tiket Wayang MBO 2024 (Promosi & Cara Beli)



Harga Tiket Wayang MBO 2024 (Promosi & Cara Beli)|BERAPA harga tiket wayang MBO bagi tahun 2024? Perhatian buat anda peminat wayang di pawagam yang ingin ketahui harga dan cara beli tiket wayang MBO terkini tahun 2024. Berikut dikongsikan Harga Tiket Wayang MBO 2024 Terkini buat rujukan anda.

Harga Tiket Wayang MBO 2020 (Promosi)

Sedia maklum, MCAT Box Office Sdn Bhd atau mudah dikenali sebagai MBO merupakan sebuah rantaian pawagam yang popular dan terkenal di Malaysia. Kini, terdapat hampir 26 rangkaian pawagam MBO di seluruh Malaysia. Terdapat 3 konsep tontonan unik dari jenis hall berbeza antaranya MBO Kecil, MBO Big Screen dan MBO MX4D.

Harga Tiket Wayang MBO 2024 (Promosi & Cara Beli)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga tiket wayang di pawagam MBO per tempat duduk termasuk harga promosi dan cara beli tiket MBO. Harga tiket wayang boleh berubah bergantung pada promosi ditawarkan oleh syarikat pawagam MBO:

Senarai Harga Tiket Wayang MBO 2024

Berikut adalah Harga Tiket Wayang MBO tahun 2023 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

◼️ Standard 2D – (RM 6 - RM 34)
◼️ Standard 3D – (RM 12 - RM 34)
◼️ Big Screen – (RM 13 - RM 43)
◼️ Premier – (RM 28 - RM 50)
◼️ MXD4 – (RM 25 - RM 32)
◼️ Onyx – (RM 11 - RM 20)
◼️ KECIL – (RM 9 - RM 20)

Senarai Harga Promosi Wayang MBO 2024

*Akan dikemaskini

Cara Beli Tiket Wayang MBO 2024 Online

Berikut dikongsikan Cara Beli Tiket Wayang MBO Secara Online:

1. Buka Aplikasi MBO Cinema (Google Playstore/ Apple Store) atau layari Portal Rasmi MBO di pautan https://mbocinemas.com/browsing/

2. Untuk buat pembelian tiket, anda perlu log masuk menggunakan akaun anda. Jika anda pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

3. Kemudian, cari pawagam berdekatan atau pawagam pilihan anda dengan klik pada ikon Menu dan klik "Cinemas".

4. Seterusnya, klik pada "View Showtimes" untuk lihat senarai filem yang sedang dimainkan di pawagam. Anda juga boleh klik pada search untuk pilih filem yang anda ingin tonton.

5. Klik pada filem pilihan anda. Senarai waktu tayangan akan dipaparkan mengikut lokasi pawagam. Pilih salah satu waktu tayangan.

6. Anda perlu buat pilihan jenis tiket mengikut jumlah dan kategori yang ditawarkan seperti Adult Standard, Child Standard, Single Pack (Adult Standard + Single Pack Combo Voucher), Share Pack (Adult Standard + Share Pack Combo Voucher), Share Pack Included Combo dan Adult Couples.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat terkini berkaitan promosi MBO, sila layari laman web MBO di https://www.mbocinemas.com/. Mereka akan ada promosi-promosi khas dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian Harga Tiket Wayang MBO 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.