Permohonan Bantuan We Care B40 Sabah (Semakan Status)



Permohonan Bantuan We Care B40 Sabah (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas RM300 We Care B40 bakal dibuka? Perhatian buat rakyat Negeri Sabah dalam golongan B40 dan yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan We Care Untuk Rakyat Sabah B40 boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://wecare.sabah.gov.my.

Permohonan Bantuan We Care B40 Sabah (Semakan Status)

Sedia maklum, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan satu inisiatif untuk warga Sabah yang golongan B40 dan bekerja di Semenanjung Malaysia dengan pemberian Bantuan Khas We Care B40 sebanyak RM300 secara one-off.

Permohonan Bantuan We Care B40 Sabah (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Bantuan We Care Untuk Rakyat Sabah B40 termasuk syarat kelayakan, semakan status permohonan dan semakan pembayaran:

Cara Permohonan Bantuan Khas We Care B40 Online

1. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://wecare.sabah.gov.my.

2. Isikan maklumat borang permohonan seperti Maklumat Peribadi, Maklumat Pendapatan, Maklumat Akaun Bank dan Pengesahan Maklumat.

3. Klik pada Kod Keselamatan "I'm not a robot" untuk pengesahan.

4. Klik pada butang "Simpan dan Teruskan Permohonan".

Syarat Kelayakan Bantuan Khas We Care B40

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Khas We Care B40 adalah seperti berikut:

1. Anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia.
2. Rakyat Negeri Sabah yang golongan B40.

Semakan Status Bantuan We Care B40 Online

1. Semakan status Bantuan We Care B40 boleh dibuat secara online di laman sesawang https://wecare.sabah.gov.my/semakan

2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada "Semakan Keputusan Permohonan".

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan We Care Untuk Rakyat Sabah B40 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Apa cerita bantuan Warga sabah yg berkerja di Semenanjung?? Sya punya permohonan sudah 2bulan lebih "permohonan diterima,dan sedang diproses"..sampai skrg belum ada lagi duit bantuan masuk..apa ni?? Klu permohona sya tdk diluluskan,bagitau,tdk lah Sya mengharap sgt bantuan tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.