Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia (Alamat Asal dan Destinasi)



Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia (Alamat Asal dan Destinasi)|BILAKAH tarikh kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia. Untuk makluman anda, tarikh kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia ke versi terkini adalah mulai 4 Mei 2020 hingga 5 Mei 2020. Berikut dikongsikan Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia buat rujukan anda.

Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia (Alamat Asal dan Destinasi)

Sedia maklum, Gerak Malaysia merupakan aplikasi yang ditawarkan oleh SKMM dan digunakan oleh Polis untuk memberikan pengesahan kepada pergerakan orang ramai untuk keluar dari rumah. Terbaru, Gerak Malaysia 2.0 telah mula ditawarkan untuk Android memfokuskan kepada permohonan perjalanan antara negeri.

Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia (Alamat Asal dan Destinasi)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia termasuk tarikh dan jadual pergerakan rentas negeri:

Cara Kemaskini Alamat Asal dan Alamat Destinasi

1. Jika anda guna platform Android, anda boleh pergi Google Play Store.

2. Jika anda guna platform iPhone, anda boleh pergi Apple App Store.

3. Klik pada butang ‘Update’.

4. Sila klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon anda.

5. Anda boleh mengisi Alamat Asal dan Alamat Destinasi.

Info Penting:
◼️ Alamat Asal : Ini ialah lokasi asal yang anda sedang terkandas sekarang
◼️ Alamat Destinasi : Ini ialah lokasi destinasi yang ingin dituju. Bukan hanya Residental Address sahaja sebelum ini.

Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia (Alamat Asal dan Destinasi)

Cara Kemaskini Data Maklumat Peribadi Di Aplikasi Gerak Malaysia

1. Pastikan anda sudah muat turun dan install aplikasi Gerak Malaysia.

2. Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon anda.

3. Lihat di bahagian bawah Generate QR Code, ada satu butang kecil Profile.

4. Kemudian, klik pada butang kecil Profile dan klik pada ikon pensil.

5. Sila kemaskini maklumat data peribadi anda dalam Aplikasi Gerak Malaysia.

Jadual Pergerakan Rentas Negeri Mulai 7 Mei - 10 Mei 2020

07 Mei 2020 - Kuala Lumpur
08 Mei 2020 - Perak, Johor dan Kelantan
09 Mei 2020 - Perlis , Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei 2020 - Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Aplikasi Gerak Malaysia, sila emelkan di alamat seperti berikut:

info@gerakmalaysia.gov.my
feedback@gerakmalaysia.gov.my
maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
aduan@gerakmalaysia.gov.my
complaint@gerakmalaysia.gov.my

Semoga perkongsian Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia ini dijadikan rujukan buat anda semua!

Sumber Foto: Amanz

No comments

Powered by Blogger.