Cara Terminate Akaun Unifi dan Streamyx 2024 Online



Cara Terminate Akaun Unifi dan Streamyx 2024 Online|ADAKAH anda pengguna perkhidmatan Unifi & Streamyx? Bagaimana cara terminate Unifi secara online dengan mudah? Perhatian buat anda pengguna yang ingin ketahui cara terminate atau batalkan langganan akaun Unifi dan Streamyx tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Terminate Akaun Unifi dan Streamyx 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Terminate Akaun Unifi dan Streamyx 2020

Sedia maklum, UniFi merupakan rangkaian fiber TM menggunakan gentian optik untuk menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, telefon dan IPTV ke premis pelanggan. Ia mampu menyokong  data jalur lebar sehingga 20Mbps untuk aplikasi Internet, Suara dan Internet Protocol TV (IPTV).

Cara Terminate Akaun Unifi dan Streamyx 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Terminate atau Batalkan Langganan Unifi dan Streamyx Online tahun 2024:

Cara Batalkan Langganan Unifi & Streamyx 2024

1. Pertama kali, anda perlu sediakan notis untuk menamatkan perkhidmatan 30 hari sebelum tarikh penamatan sebenar anda.

2. Anda perlu menghantar permintaan anda untuk menamatkan perkhidmatan melalui saluran digital TM seperti berikut:

◼️Portal Unifi di unifi.com.my
◼️Emel di help@tm.com.my
◼️Mana-mana cawangan TMpoint

3. Kemudian, pihak TM akan memberikan bil pra-akhir yang menunjukkan baki tertunggak anda. Setelah selesai urusan pembayaran, pihak TM akan meneruskan pesanan penamatan pada hari 31 dari notis penamatan anda.

4. Untuk akaun unifi, anda akan menerima SMS apabila pesanan anda selesai.

5. Anda perlu memulangkan semula BTU (peralatan)/modem anda di mana-mana cawangan TMpoint berdekatan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan penamatan untuk mengelakkan caj penalti BTU (peralatan).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak TM di:

- Dari talian tetap dan nombor mudah alih tempatan DIAL 100
- Dari rangkaian antarabangsa DIAL +603 2241 1290

◼️ Produk dan perkhidmatan, pengurusan pesanan, pertanyaan bil tersedia dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang (harian)
◼️ Bantuan Teknikal disediakan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (harian)

Semoga perkongsian Cara Terminate Akaun Unifi dan Streamyx 2024 Online ini dijadikan rujukan dan bermanfaat buat pengguna Unifi dan Streamyx!

No comments

Powered by Blogger.