Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Online Bagi Pekebun Kecil RISDA (Borang)



Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Online Bagi Pekebun Kecil RISDA (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA bakal dibuka? Berita baik buat pekebun kecil RISDA yang bakal menerima insentif Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 boleh dibuat secara online sehingga 30 Jun 2020 menerusi Portal RISDA. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Bagi Pekebun Kecil RISDA buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Online Bagi Pekebun Kecil RISDA (Borang)

Sedia maklum, RISDA bakal menawarkan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 atau dikenali sebagai BKC 2020 kepada pekebun kecil RISDA dengan bayaran sebanyak RM300 kepada setiap penerima secara one-off. Bantuan ini diwujudkan bertujuan untuk membantu pekebun kecil RISDA yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Online Bagi Pekebun Kecil RISDA (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri Bagi Pekebun Kecil RISDA beserta syarat kelayakan permohonan dan kadar jumlah:

Cara Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Bagi Pekebun Kecil RISDA

1. Pemohon Pekebun Kecil RISDA hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut:

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
b) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada;
c) Geran asal tanah dan salinan;
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

2. Permohonan BKC 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA yang menyertai program tanam semula atau tanam baru, Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (SMR) beserta dokumen sokongan berikut:

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
b) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika
ada;
c) Geran asal tanah dan salinan;
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

3. Pemohon Pekebun Kecil RISDA dari Agensi lain (Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan) hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Agensi) dan disahkan oleh Agensi yang berkaitan beserta dokumen sokongan berikut:

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
b) Geran asal tanah dan salinan;
c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

4. Pemohon Pemilik Pengusaha di Sarawak yang tiada geran hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (NCR) dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Surveri (JTS) beserta dokumen sokongan berikut:

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
b) Geran asal tanah dan salinan;
c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

5. Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Penoreh) dan disahkan oleh pemilik tanah/wakil yang sah beserta dokumen sokongan berikut:

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
c) Salinan geran lot yang ditoreh;
d) Salinan Kad PAT-G;
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.

6. Pekebun Kecil yang tidak layak menerima BMT 2019 juga boleh hadir ke Pusat Tanggungjawab RISDA untuk mengemaskini maklumat peribadi dan milikan tanah bagi melayakkan menerima BKC 2020 dengan melengkapkan Borang Deklarasi BKC 2020 beserta dokumen sokongan berikut:

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
b) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada;
c) Geran asal tanah dan salinan;
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Bagi Pekebun Kecil RISDA

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri Bagi Pekebun Kecil RISDA adalah seperti berikut:

A. PEKEBUN KECIL

1. Warganegara Malaysia
2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
4. Pemilik tanah yang sah
5. 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja

B. PENOREH BUKAN PEMILIK

1. Warganegara Malaysia
2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
3. Pengesahan pemilik tanah
4. 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja
4. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) LGM yang masih sah

Kadar Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020

- RM300 kepada setiap penerima secara one-off


Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Online Bagi Pekebun Kecil RISDA ini dijadikan rujukan buat Pekebun Kecil RISDA!

No comments

Powered by Blogger.