Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 EFS Online (Semakan Status)



Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 EFS Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 bakal dibuka? Berita baik buat anda anak yang lahir di Negeri Sarawak atau di luar Sarawak yang berkelayakan membuat permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak (EFS) tahun 2020. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 buat rujukan anda.

Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 EFS Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kerajaan Negeri bakal memberi insentif Endowment Fund Sarawak (EFS) bernilai RM1,000 kepada mereka yang bergelar ibu bapa apabila diputuskan setiap bayi yang baru lahir (anak Sarawak) tanpa mengira etnik, kepercayaan agama dan status sosial. Objektif EFS adalah bertujuan untuk membantu persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dan memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 EFS Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak 2020 Online

1. Pemohon boleh muat turun Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak secara online menerusi pautan di https://kwkpk.sarawak.gov.my/.

2. Bagi negeri Sarawak, pendaftaran boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak. Sila sertakan dokumen penting seperti berikut:

a) Kad Pengenalan Ibu Bapa
b) Sijil Lahir Bayi/MyKid

3. Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada JPN atau cawangan dan mereka seterusnya akan menghantar borang yang lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu. Bank Islam akan memproses pendaftaran EFS.

4. Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan. Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.

5. Bagi negeri-negeri lain, permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan seperti di atas ke alamat:

Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga 93551 Kuching, Sarawak
No. Tel: 082-242221/082-242223

Syarat Kelayakan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020

Antara Syarat Kelayakan Insentif Endowment Fund Sarawak adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K”; dan
(iv) Pendaftaran EFS dibuat semasa pendaftaran kelahiran.
(v) Bagi kategori anak angkat:
(a) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K”; dan
(b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak sah yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah di Sarawak dan/atau Jabatan Pendaftaran Negara (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah-wilayah Persekutuan).

Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 EFS Online (Semakan Status)

Semakan Status Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di talian 082-311340/082-311718

Semoga perkongsian Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.