Cara Daftar Bungkusit Rider 2023 Online



Cara Daftar Bungkusit Rider 2023 Online|ANDA berminat menjadi sebagai Bungkusit Rider? Bagaimana cara daftar Bungkusit Rider secara online? Berita baik buat anda yang berminat ketahui cara daftar dan register Bungkusit Rider tahun 2023. Berikut dikongsikan Cara Daftar Bungkusit Rider 2023 Secara Online buat rujukan anda.

Cara Daftar Bungkusit Rider 2020 Online

Cara Daftar Bungkusit Rider 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Bungkusit Rider secara online termasuk syarat kelayakan permohonan dan gaji:

Pendaftaran Bungkusit Rider Online (Cara Register)

1. Layari laman web rasmi Bungkusit secara online menerusi pautan di https://bungkusit.com.my.

2. Tekan pada butang BECOME A RIDER.

3. Kemudian, anda perlu download aplikasi BungkusIt Rider di Google Play Store bagi Android atau di App Store untuk iOS.

4. Apabila anda buka aplikasi ini, akan tertera permintaan daripada aplikasi untuk mengakses kedudukan/lokasi semasa anda.

5. Tekan Allow atau Deny. Pergi ke bahagian bawah dan tekan butang Register.

6. Terdapat beberapa ruangan yang perlu anda isikan untuk meneruskan proses dan cara daftar Bungkusit rider.

7. Pada ruangan Vehicle Type, masukkan kenderaan yang anda ingin gunakan untuk menjadi rider.

8. Pada ruangan Bank account Number, masukkan nombor akaun bank anda untuk urusan transaksi wang bersama syarikat Bungkusit sekiranya anda diterima sebagai rider.

9. Masukkan password dan Confirm Password yang disahkan.

10. Tekan pada link Terms and Conditions untuk membaca terma dan syarat untuk menjadi rider. Kemudian, tekan pada butang REGISTER.

11. Anda akan dihubungi oleh pihak Bungkusit sekiranya nama anda tersenarai untuk sesi saringan. Bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, anda akan diwajibkan untuk menghadiri training bersama Bungkusit sebelum menjadi rider.

12. Anda juga boleh daftar menjadi rider Bungkusit dengan menekan link Click To Whatsapp di website Bungkusit.

Syarat Kelayakan Bungkusit Rider 2023

Antara Syarat Kelayakan Pendaftaran Bungkusit Rider adalah seperti berikut:

1. Mempunyai lesen motosikal yang sah
2. Wajib download Aplikasi Bungkusit Rider

Semoga perkongsian Cara Daftar Bungkusit Rider secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.