Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023 Online Melalui eQaryah (Semakan Status)



Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023 Online Melalui eQaryah (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Berkahwin Negeri Kelantan secara online? Perhatian buat anda penduduk Negeri Kelantan Darul Naim yang ingin membuat permohonan Berkahwin Negeri Kelantan melalui eQaryah. Untuk makluman anda, permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023 boleh dibuat secara online menerusi Sistem eQaryah. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2020 Online Melalui eQaryah (Semakan Status)

Sedia maklum, eQaryah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak mukim yang bermastautin dan memudahkan proses pengesahan status anak mukim.

Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023 Online Melalui eQaryah (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan Melalui eQaryah termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Nikah Kelantan 2023 Online

1. Layari Laman Web eQaryah secara online menerusi pautan di http://eqaryah.jaheaik.gov.my/

2. Klik pada butang "Permohonan Berkahwin".

3. Kemudian, klik pada "Teruskan".

4. Masukkan No. Kad Pengenalan/ Polis/ Tentera/ Pasport dan klik pada "TERUSKAN".

5. Lengkapkan semua butiran maklumat borang permohonan yang diperlukan. Ruangan bertanda * adalah wajib diisi.

6. Masukkan Kod Keselamatan dan klik pada butang "Hantar Permohonan".

Syarat Kelayakan Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan adalah seperti berikut:

1. Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.

2. Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.

3. Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.

Semakan Status Berkahwin Negeri Kelantan 2023 Online

1. Semakan status Berkahwin Negeri Kelantan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan di http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinanstatus.php

2. Isikan No. Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan.

3. Kemudian, taip Kod Catpcha ke dalam ruangan yang disediakan.

4. Klik pada butang "Semak" untuk semakan status permohonan anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan eQaryah, sila hubungi di:

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu, Kelantan

No. Tel: 09-7443633
No. Faks: 09-7446685
Emel: jaheaik@kelantan.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan 2023 Melalui eQaryah ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.