Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual Mulai 7 Ogos 2020



Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual Mulai 7 Ogos 2020|BILAKAH tarikh permohonan rayuan BSH 2020 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020. Untuk makluman anda, bagi anda yang berstatus tidak lulus atau gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual buat rujukan anda.

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual Mulai 7 Ogos 2020

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual Mulai 7 Ogos 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk tarikh dan jumlah bayaran:

Cara Mohon Rayuan BSH 2020 Online

1. Bagi mereka yang berstatus tidak layak atau tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan yang akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.

2. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara online di Portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

3. Sila pastikan sebelum hadir anda membawa beberapa dokumen sokongan beserta borang permohonan lengkap diisi seperti berikut:

◼️Salinan MyKad sendiri
◼️Salinan MyKad pasangan
◼️Penyata gaji terkini
◼️Surat status perkahwinan

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3

Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM120 untuk anak yang dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSH 2020, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

Semoga perkongsian Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.