Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM RM500 2021 Online (Borang)



Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM RM500 2021 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas bakal dibuka? Perhatian buat anda warga emas yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM RM500 tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas RM500 boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas RM500 buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM RM350 Online (Borang)

Sedia maklum, Bantuan Bulanan RM500 JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) ini diwujudkan bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM350 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM RM500 2021 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Bulanan RM500 Warga Emas termasuk syarat kelayakan permohonan, semakan status dan kadar bayaran:

Cara Permohonan Bantuan Bulanan RM500 Warga Emas

1. Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh buat permohonan menerusi online (web), surat, telefon atau email.

2. Anda perlu lampirkan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan ketika permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Gambar berukuran passport
- Dokumen sokongan lain (jika ada)

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Bulanan RM500 Warga Emas

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Orang Tua RM500 adalah seperti berikut:

1. Berumur 60 tahun ke atas.
2. Warganegara Malaysia.
3. Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup.
4. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
5. Tidak tinggal di institusi kendalian JKM.

Tarikh dan Kadar Bantuan Bulanan Warga Emas JKM

Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan.

Semakan Status Bantuan Bulanan Warga Emas RM500 2021

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, 9 – 18, No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
No. Tel: 03 – 8000 8000
No. Faks: 03 – 8323 2045
Email: helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM RM500 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.