Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020



Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020|SIAPAKAH peserta Konsert Big Stage 2020 Musim 3? Saksikan program nyanyian hiburan berjudul ''Big Stage 2020'' yang juga memasuki Musim Ketiga bakal bersiaran mulai 16 Ogos 2020, setiap hari Ahad jam 9:00 malam selama lapan minggu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Konsert Big Stage 2020 turut bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Berikut dikongsikan Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020 Musim Ketiga buat rujukan anda.

Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020

Sedia maklum, tiga ikon muzik tersohor tanah air Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga ini. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Tambahan pula, tiga selebriti iaitu Neelofa, Caprice, dan Michael Ang telah dipilih menjadi Presiden Netizen yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.

Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Peserta Program Big Stage 2020 (Musim 3) yang terdiri 8 peserta lelaki dan 4 peserta wanita termasuk biodata:

1. Muhammad Azzamuddin Bin Lop Hisham, 23, dari Kuala Lumpur, (Azzam Sham)
2. Rossaidi Bin Abdul Rani, 26, dari Langkawi, Kedah, (Qody Rani)
3. Muhammad Saiful Naim Bin Muhammad Noor, 23, dari Kulim, Kedah, (Usop)
4. Muhammad Hafiz Bin Zainal, 28, dari Johor Bahru, Johor, (Hafiz Zainal)
5. Osama Yamani Bin Jamal Ubaidillah, 19, dari Ipoh, Perak, (Yamani Abdillah)
6. Muhd Fadhlullah Bin Abd Majid, 27, dari Melaka, (Fadh Majid)
7. Muhammad Dinie Bin Abdul Rashid, 28, dari Pulau Pinang, (Dinie Rashid)
8. Amir Abu Hasan, 24, dari Kuala Lumpur, (Amir Hasan)
9. Nur Nabilah Hashimi, 25, dari Kuching, Sarawak, (Nanasheme)
10. Farisha Binti Asmadi, 21, dari Selangor, (Farisha Irish)
11. Hanie Soraya Binti Taha, 26, dari Kuala Lumpur, (Hanie Soraya)
12. Alessandra Dianne Ampuria, 26, dari Sabah, (Sandra Dianne)

Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020

Artikel Berkaitan:

👉 Live Streaming Big Stage 2020 Musim 3

Info Berkaitan:

Untuk mendapatkan maklumat dan info terkini Program Big Stage 2020, sila layari Facebook Page di https://www.facebook.com/bigstage2020/

Jangan lupa saksikan Konsert Big Stage 2020 Musim Ketiga yang bakal bersiaran mulai 16 Ogos ini!

No comments

Powered by Blogger.