Permohonan GREP MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)



Permohonan GREP MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Graduan Cemerlang 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan membuat permohonan Program Graduan Cemerlang (GREP) MARA tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan GREP MARA 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 hingga 15 April 2022 menerusi Laman Web Rasmi MARA.

Permohonan GREP MARA 2020 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan GREP MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Program Graduan Cemerlang (GREP) termasuk syarat kelayakan, senarai kursus dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Program Graduan Cemerlang 2023 Online

1. Layari Laman Web Rasmi MARA secara atas talian menerusi pautan di https://myeduloan.mara.gov.my/v3/.

2. Kemudian, klik pada butang ‘Daftar Sekarang.’

3. Isikan butiran maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar Akaun.’

4. Log in dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

5. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan klik pada butang hantar permohonan.

6. Selepas itu, klik link berikut di https://mypersonaliti.mara.gov.my/.

7. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan tadi.

Info Penting:
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Syarat Kelayakan GREP MARA 2023

Antara Syarat Kelayakan Program Graduan Cemerlang adalah seperti berikut:

1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.

2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2020:

Peringkat Pengajian          Had Umur

Sarjana Dalam Negara  Tidak melebihi 40
                                                  tahun
Luar Negara           Tidak melebihi 35 tahun
Doktor Falsafah     Tidak melebihi 45 tahun
Dalam Negara
Luar Negara           Tidak melebihi 40 tahun

3. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari
mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.

4. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.

5. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana
agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.

6. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.

7. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas
masalah akademik/disiplin.

8. Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

Semakan Keputusan GREP MARA 2023 Online

1. Semakan keputusan Program Graduan Cemerlang (GREP) MARA boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://myeduloan.mara.gov.my/v3/.

Senarai Kursus Program Graduan Cemerlang

Berikut dikongsikan Senarai Kursus Program Graduan Cemerlang:

1. Chemical Engineering
2. Civil Engineering
3. Mechanical
4. Electrical & Electronic
5. Robotics & Automation
6. Telecommunication Engineering
7. Mechatronic
8. Nanotechnology
9. Petroleum Engineering
10. Solar Energy
11. Wind Energy
12. Environmental Engineering
13. Marketing Management
14. E-business
15. International Business Management

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan GREP MARA, sila menghubungi di:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-2613 2103 / 35032 / 32067 / 32106
Emel : pascasiswazah@mara.gov.my

Selamat membuat Permohonan GREP MARA tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Program Graduan Cemerlang!

No comments

Powered by Blogger.