Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 (Jadual)



Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 (Jadual)|BILAKAH tarikh bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan Februari 2021? Panduan buat anda pemohon i-Lestari yang ingin ketahui tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Februari 2021. Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 buat rujukan anda.

Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan November 2020 (Jadual)

Sedia maklum, jadual pengeluaran duit i-Lestari KWSP bagi bulan Februari 2021 adalah mulai 2 Februari 2021 yang akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat. Walau bagaimanapun, mereka yang lewat mengemukakan borang hanya akan menerima wang pengeluaran mereka pada bulan berikutnya. Jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah tertakluk kepada jumlah simpanan anda dalam Akaun 2. 

Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 (Jadual)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 termasuk jadual bayaran dan semakan bayaran:

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Tahun 2021

1. TERKINI: Tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Februari 2021 adalah mulai 2 Februari 2021 yang dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.

Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan November 2020 (Jadual)

Info Penting:
*Jadual bayaran i-Lestari KWSP akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.

2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Semakan Bayaran i-Lestari KWSP Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Lestari, sila layari di laman sesawang www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

DISCLAIMER: Portal mypanduan tiada sebarang kaitan dengan Laman Web KWSP. Laman ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman mypanduan.

No comments

Powered by Blogger.