Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 bakal dibuka? Perhatian buat warga Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkelayakan dan berminat memiliki rumah pertama. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 23 Februari 2021 menerusi laman sesawang di https://residensiprihatin.kwp.gov.my.

Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2021 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kementerian Wilayah Persekutuan mempelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk mohon Rumah Residensi Prihatin yang dikhususkan kepada golongan B40 di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Residensi Prihatin merupakan program perumahan mampu milik bagi golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ianya merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM200,000 seunit dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.

Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan termasuk syarat kelayakan dan ciri perumahan:

Cara Permohonan Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 Online

1. Pendaftaran Rumah Residensi Prihatin boleh dibuat menerusi laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/application.

2. Kemudian, klik butang ‘Saya Layak.’

3. Lengkapkan maklumat dan profil peribadi yang diperlukan.

4. Pilih projek yang dikehendaki.

5. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

6. Muat naik Dokumen Permohonan.

7. Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.

Harga Dan Saiz Rumah Residensi Prihatin

Harga jualan yang ditawarkan untuk rumah Residensi Prihatin adalah RM200,000 dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi. Saiz rumah tersebut merangkumi:

3 bilik tidur
2 bilik air
Ruang tamu
Ruang makan
Dapur
Berbentuk rumah strata

Senarai Projek Rumah Residensi Prihatin 2022

Bagi anda yang ingin melihat senarai projek Residensi Prihatin boleh rujuk di laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/projek

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Residensi Prihatin 2022

Antara syarat kelayakan Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
3. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
4. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan.
5. Permohonan rumah pertama sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Residensi Prihatin, sila hubungi di:

Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Faks: 03-8889 7640
Emel: urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my

Selamat membuat Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Residensi Prihatin!

No comments

Powered by Blogger.