Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM 2021 (Semakan Status)



Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM 2021 (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas Bernilai Tinggi 2021 bakal dibuka? Berita baik buat pekebun kecil yang memiliki taraf milik tanah yang sah, berdaftar dengan LPNM beserta berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM 2021 buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM 2021 (Semakan Status)


Sedia maklum, kini Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi 2021 telah dibuka oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk pemohon warganegara Malaysia yang layak.


Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM termasuk syarat kelayakan, ciri-ciri dan semakan status:


Ciri-Ciri Projek

1. Bagi peserta individu hendaklah mempunyai keluasan minima 5 ekar dan maksima kurang daripada 100 ekar;

2. Bagi peserta yang mempunyai keluasan dibawah 5 ekar, pelaksanaan akan dibuat melalui pendekatan kelompok bagi memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos operasi;

3. Peserta mesti menanam dengan tanaman tunggal dan jumlah kepadatan yang disyorkan oleh LPNM atau sekurang-kurangnya 15,000 pokok.

4. Peserta hendaklah mengguna pakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini; dan

5. Penentuan dan penetapan varieti adalah tertakluk kepada LPNM.


Syarat Kelayakan Bantuan Tanaman Nanas 2021

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi 2021 adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia;

- Taraf milik tanah yang sah;

- Berdaftar dengan LPNM dan berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok;

- Tanaman tunggal;

- Tanaman Nanas perlu ditanam sekurang-kurangnya 15,000 pokok/ekar; dan

- Pekebun kecil sahaja


Cara Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas 2021

- Surat Akuan Berkanun

- Surat Pelepasan Tanggungan

- Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun (Borang IV)

Dengan Menyediakan dokumen–dokumen seperti berikut :-

- Salinan Kad Pengenalan

- Salinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)

- Surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.

*Permohon bolehlah menghubungi Cawangan-cawangan LPNM yang berhampiran anda.


Semakan Status Bantuan Tanaman Nanas 2021

*Akan dikemaskini


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi LPNM di talian 06-7616591 atau menghadirkan diri ke Pejabat LPNM Negeri Sembilan / Melaka atau layari http://www.mpib.gov.my/projek-pengukuhan/ untuk jenis-jenis bantuan tanaman nanas yang disediakan oleh LPNM.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.