Cara Daftar Setel Petronas 2021 Online (Cara Guna & Topup)



Cara Daftar Setel Petronas 2021 Online (Cara Guna & Topup)|ANDA ingin daftar Aplikasi Setel? Bagaimana cara daftar Setel Petronas? Panduan buat pengguna minyak Petronas di Malaysia yang ingin ketahui cara daftar dan topup Aplikasi Setel Petronas secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar Setel Petronas 2021 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar Setel Petronas 2021 Online (Cara Guna & Topup)


Sedia maklum, terdapat cara untuk mengurangkan harga minyak untuk kenderaan anda. Petronas menawarkan aplikasi SETEL sebagai satu cara untuk anda menjimatkan harga minyak kenderaan anda. Antara tawaran utama aplikasi SETEL ialah 10% cashback reward atas pembelian minyak di mana-mana lokasi pam minyak Petronas. Anda juga tidak perlu ke kaunter untuk membayar harga minyak anda.


Cara Daftar Setel Petronas 2021 Online (Cara Guna & Topup)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Setel Petronas termasuk cara guna, topup dan login akaun:


Pendaftaran Setel Petronas Online

1. Pertama kali, anda perlu muat turun Aplikasi SETEL di Google Play Store untuk Android manakala di App Store untuk iOS.

2. Kemudian, buka Aplikasi SETEL dan klik pada butang REGISTER.

3. Pada laman seterusnya, anda perlu isikan beberapa maklumat diruangan yang disediakan seperti Nama Penuh, No. Telefon, Emel dan Kata Laluan.

4. Selepas itu, tick pada Send Setel promos and deals to my email, sekiranya anda ingin terima emel daripada Setel yang mengandungi promosi dan tawaran pada masa akan datang.

5. Tekan pada butang REGISTER untuk teruskan cara daftar Setel Petronas.

6. Anda akan menerima SMS daripada SETEL yang mengandungi kod pengesahan 6 digit. 

7. Pada laman seterusnya, akan tertera paparan yang meminta anda untuk membuka fungsi Location/Navigation/GPS di telefon pintar anda. Tekan butang "ALLOW LOCATION".

8. Kemudian, klik butang "Create PIN". Masukkan kod PIN 6 digit untuk akaun anda. Masukkan sekali lagi kod PIN 6 digit yang anda telah tetapkan untuk akaun anda.

9. Anda juga boleh tetapkan kad kredit atau kad debit untuk tambah nilai ke Aplikasi SETEL. Tekan ADD CARD dan ikuti prosedur seterusnya untuk mendaftarkan kad anda. 

10. Pendaftaran akaun anda telah berjaya. Anda boleh tekan butang GET STARTED untuk menggunakan "SETEL".


Cara Guna Aplikasi Setel Petronas

Berikut dikongsikan Cara Guna Aplikasi Setel Petronas buat panduan anda:

1. Pertama kali, anda perlu buka Aplikasi Setel Petronas terlebih dahulu.

2. Sahkan stesen yang anda mahu isi minyak.

3. Kemudian, pilih pam nombor berapa yang anda mahukan.


Cara Topup Setel Petronas

Berikut dikongsikan Cara Topup Aplikasi Setel Petronas dengan mudah:

1. Pertama kali, anda perlu buka Aplikasi Setel Petronas terlebih dahulu.

2. Klik "Top-up" > masukkan jumlah yang anda nak masukkan dan kemudian pilih bayar guna kad atau guna online banking (maybank, CIMB, Amband, RHB dan banyak lagi).


Cara Login Aplikasi Setel Petronas

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Cara Daftar Setel Petronas tahun 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.