Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Semakan Status)



Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bakul Prihatin Negara 2021 bakal dibuka? Perhatian buat rakyat Malaysia yang berkelayakan membuat permohonan Bakul Prihatin Negara JKM tahun 2021 sebagai barangan asas untuk keperluan hidup. Untuk makluman anda, permohonan Bakul Prihatin Negara JKM 2021 boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut dikongsikan Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM 2021 buat rujukan anda.

Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Semakan Status)

Sedia maklum,  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu inisiatif iaitu Bakul Prihatin Negara untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bakul Prihatin Negara termasuk syarat kelayakan permohonan, senarai barangan dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Bakul Makanan 2021

Permohonan BAKUL PRIHATIN NEGARA boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:

1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;

2. Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;

3. Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM);

3. Menghubungi Pemimpin Tempatan/ Setempat

Nak muat borang permohonan boleh rujuk di bawah:

Lampiran A – Borang Permohonan

Syarat Kelayakan Bakul Prihatin Negara JKM 2021

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

Senarai Barangan Asas Bakul Prihatin Negara

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan asas seperti berikut:

Beras (5 Kg)
Gula (1 Kg)
Tepung (2 Kg)
Bihun (400 Gm)
Kicap (650 Ml)
Sardin (230 Gm)
Biskut
Kopi

Kaedah Penyampain Bakul Prihatin Negara

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran
bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Semakan Status Bakul Prihatin Negara JKM 2021

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bakul Prihatin Negara, sila hubungi di talian:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon : 03 – 8000 8000
No. Faks : 03 – 8323 2045

Semoga perkongsian Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM tahun 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Mohon bantuan bakul makanan.klau sy nk mintak pempes ngn susu baby boleh x

    ReplyDelete

Powered by Blogger.