Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 Online (Semakan Status)



Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang tinggal di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) Negeri Sembilan 2021 bakal dibuka secara online mulai 30 Jun 2021 hingga 30 Julai 2021 menerusi laman sesawang di https://www.n9.digital/. Berikut dikongsikan Cara Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 buat rujukan anda.

Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, BKP merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta yang disalurkan kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan. Objektif BKP Negeri Sembilan ini diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban rakyat di Negeri Sembilan yang telah kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan PKP 3.0 tahun ini. 


Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan BKP Negeri Sembilan termasuk syarat kelayakan permohonan, kadar bantuan dan semakan status:


Cara Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 Online

1. Layari laman web secara online di pautan https://www.n9.digital/ atau muat turun Aplikasi N9.Digital di Google Play Store.

2. Kemudian, isikan maklumat pada bahagian ‘Daftar Untuk Memohon’ dan klik butang ‘Hantar.’

3. Pemohon akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.

4. Muat naik gambar peribadi anda.

5. Isikan maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.

6. Anda akan dipaparkan dengan bahagian ‘Bantuan Kehilangan Pekerjaan.’

7. Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang ‘Hantar.’

8. Selepas itu, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Klik pada butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.


Kadar Bantuan

1. Pemohon yang layak untuk menerima bantuan ini akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM300.

2. Bayaran tersebut akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.


Syarat Kelayakan BKP Negeri Sembilan 2021

Antara syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin mohon BKP Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2021.

2. Mestilah belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.


Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat permohonan BKP Negeri Sembilan:

1. Salinan kad pengenalan pemohon.

2. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (yang mana berkaitan).

3. Surat pemberhentian kerja dari majikan.

4. Salinan penyata bank/muka depan buku akaun.


Semakan Status BKP Negeri Sembilan 2021 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BKP Negeri Sembilan, sila layari laman web di https://www.ns.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan BKP Negeri Sembilan 2021 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.