Permohonan RMR Perakku Prihatin 2021 Online (Semakan Status)



Permohonan RMR Perakku Prihatin 2021 Online (Semakan Status)|ADAKAH anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat anda menetap Negeri Perak yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program RMR Perakku Prihatin tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan RMR Perakku Prihatin 2021 boleh dibuat secara manual dan secara atas talian (online) menerusi Laman Web Yayasan Perak. Berikut dikongsikan Cara Permohonan RMR Perakku Prihatin 2021 Online buat rujukan anda.

Permohonan RMR Perakku Prihatin 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah. Program ini merupakan kolaborasi Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki RUMAH PERTAMA.

Permohonan RMR Perakku Prihatin 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan RMR Perakku Prihatin beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Cara Permohonan RMR Perakku Prihatin 2021

1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dan muat turun secara percuma di tempat-tempat seperti berikut:

A. Pejabat Yayasan Perak

2. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

Syarat Kelayakan RMR Perakku Prihatin 2021

Antara Syarat Kelayakan RMR Perakku Prihatin adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
5. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
7. Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

❖ Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (Jika Berkenaan) 
❖ Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah 
❖ Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan) 
❖ Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru 
❖ Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah 
❖ Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua* 
❖ Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang* 
❖ Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah 
❖ Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
❖ Borang Laporan Tapak Bergambar 

Semakan Status RMR Perakku Prihatin 2021 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RMR Perakku Prihatin, sila hubungi di:

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000, Ipoh Perak

No. Tel: 05 - 2552929
Faks: 05 - 2531701

Selamat membuat permohonan Program RMR Perakku Prihatin tahun 2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran RMR Perakku Prihatin!

No comments

Powered by Blogger.