Senarai Takaful Terbaik Di Malaysia 2021 (Cara Daftar)



Senarai Takaful Terbaik Di Malaysia 2021 (Cara Daftar)|ANDA ingin daftar takaful di Malaysia? Bagaimana cara daftar syarikat takaful di Malaysia dengan mudah? Perhatian buat anda yang ingin ketahui senarai syarikat takaful yang terdapat di Malaysia tahun 2021. Berikut dikongsikan Senarai Takaful Terbaik di Malaysia 2021 buat rujukan anda.

Senarai Takaful Terbaik Di Malaysia 2021 (Cara Daftar)

Sedia maklum, terlalu banyak syarikat takaful yang mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat-syarikat tersebut menyediakan pelbagai pakej untuk memberi perlindungan dan pampasan kepada pelanggan mereka. Takaful merupakan salah satu pelan pelindungan yang disediakan berdasarkan prinsip Syariah. Apabila anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda telah memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain.


Senarai Takaful Terbaik Di Malaysia 2021 (Cara Daftar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Takaful Terbaik di Malaysia 2021 termasuk cara daftar yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:


Senarai Takaful Terbaik Malaysia 2021

Berikut dikongsikan 10 Takaful Terbaik yang terdapat di Malaysia tahun 2021:

1. Etiqa Takaful

2. Takaful Ikhlas

3. Takaful Malaysia

4. Zurich Takaful

5. Prudential BSN Takaful

6. AIA AFG Takaful

7. HSBC Amanah Takaful

8. Great Eastern Takaful

9. AmMetLife Takaful

10. FWD Takaful


Jenis Perlindungan Dibawah Takaful

Produk takaful dikategorikan kepada 2 produk iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am:


A. Produk dibawah Takaful Keluarga:

Takaful Keluarga: menawarkan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk individu dan keluarga.

Takaful Berkaitan Pelaburan: Takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan patuh Shariah dengan pelindungan Takaful.

Takaful Perubatan dan Kesihatan: perlindungan untuk tanggungan kos rawatan dan kemasukan ke wad di hospital swasta.

Takaful Pendidikan Anak: menyediakan perlindungan kewangan untuk anak anda sekiranya anda ditimpa malapetaka seperti kemalangan, kecacatan kekal atau kematian. Pelan Takaful ini juga bertindak sebagai simpanan jangka panjang untuk menampung pengajian anak anda.


B. Produk dibawah Takaful Am:

Takaful Kenderaan, Takaful pihak ketiga yang melindungi anda dari kerugian dan kerosakan ke atas kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian, ataupun kebakaran. Takaful ini turut melindungi pemegang dari kerugian dan kerosakan ke atas harta, kecederaan dan juga kematian. Pelan Takaful Kenderaan yang menyeluruh akan melindungi pemegang dan juga pihak ketiga dari kerugian dan kecederaan akibat kemalangan atau kebakaran.

Takaful Rumah terdiri daripada 2 jenis iaitu Takaful Rumah (Houseowner) dan Takaful Isi Rumah (Householder). Takaful rumah melindungi struktur rumah pemegang dari kerosakan dan kerugian disebabkan oleh banjir, kebakaran, atau bencana lain. Takaful isi rumah pula melindungi isi rumah seperti perabot, barangan rumah, peralatan elektrik, dan sebagainya dari kerosakan dan kerugian.

Takaful Kemalangan Diri melindungi anda dan keluarga dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, kecederaan, atau kecacatan yang disebabkan dari kemalangan.

Semoga perkongsian Senarai Takaful Terbaik di Malaysia tahun 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.