Permohonan Kenyalang Gold Card 2024 Online (Semakan Status)



Permohonan Kenyalang Gold Card 2024 Online (Semakan Status)|ANDA ingin daftar Kenyalang Gold Card? Perhatian buat anda penduduk tetap Sarawak dan warga emas yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran Kenyalang Gold Card (KGC) tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Kenyalang Gold Card 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Kenyalang Gold Card 2022 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kenyalang Gold Card (KGC) merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak. Kenyalang Gold Card adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.


Permohonan Kenyalang Gold Card 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Kenyalang Gold Card termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Daftar Kenyalang Gold Card 2024 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan Kenyalang Gold Card secara online melalui pautan di https://kenyalanggold.com/.

2. Permohonan secara manual juga boleh dibuat dengan muat turun borang Kenyalang Gold Card melalui Laman Web Rasmi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

3. Borang yang siap diisi harus dipulangkan ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan dan Masyarakat di seluruh negeri dan menetapkan 30 hari untuk permohonan diluluskan.


Syarat Kelayakan Permohonan Kenyalang Gold Card 2024

Antara syarat-syarat memohon Kenyalang Gold Card adalah seperti berikut:

1. Mestilah berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020.

2. Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan.

3. Mestilah penduduk tetap (permanent resident) Sarawak.


Semakan Status Kenyalang Gold Card 2024 Online

*Akan dikemaskini


Senarai Rakan Strategik Kenyalang Gold Card

1. Setakat ini seramai 46 Rakan Strategik KGC.

2. Beberapa vendor telah mengesahkan penglibatkan mereka dalam inisiatif KGC yang menawarkan diskaun dan rebat merangkumi bidang kesihatan, pengangkutan awam dan barang keperluan. Antara vendor tersebut ialah Samba, Fitflop, Cafe Cafe, Wonderboom, Des Optics Group, Bright Smile Dental Clinic, Suriah Indah Health Clinic, Shine Pharmacy dan Limbang Optical Centre.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan KGC, sila hubungi Urus Setia KGC di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat welfare@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Kenyalang Gold Card tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.