Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2024 Malaysia Untuk Student



Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2024 Malaysia Untuk Student|ANDA masih tercari-cari jenama laptop yang terbaik dan murah dibawah harga RM2500? Panduan buat anda terutama para pelajar dan mahasiswa universiti yang ingin ketahui senarai laptop terbaik dan murah tahun 2024 dibawah harga RM2500. Berikut dikongsikan Senarai Laptop Terbaik dan Murah 2024 Malaysia Untuk Student buat rujukan anda.

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Sedia maklum, pelbagai jenama laptop yang terbaik yang boleh didapati di kedai mahupun di Aplikasi Shopee & Lazada antaranya adalah seperti Lenovo, Dell, Huawei, Acer, Asus, Teclast dan sebagainya. Selain itu, sesi kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi bakal dimulakan tidak lama lagi. Disebabkan itu laptop amatlah diperlukan agar pelajar dapat mengikuti kelas online supaya tidak tercicir dalam pembelajaran.


Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2024 Malaysia Untuk Student

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Laptop Terbaik Dan Murah Di Malaysia tahun 2024 Untuk Student, Guru dan Kerja:


Senarai Laptop Terbaik Untuk Student 2024

1. Lenovo IdeaPad3

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Pertama sekali yang disarankan beli untuk para student adalah menggunakan prosessor AMC Athlon, laptop terbaik berjenama Lenovo IdeaPad3. Jenama ini memiliki 4GB RAM dan 256 SSD kapasiti memori. Saiz skrin 14 inci ini memudahkan urusan pekerjaan harian anda. Selain itu, harga juga sangat berpatutan iaitu dibawah RM 2,000.

2. Dell Inspiron 15

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Laptop Dell merupakan jenama laptop dan komputer yang paling popular di dunia. Dengan harga yang mampu milik serendah RM 2000 ke bawah, anda boleh dapatkan Dell Inspiron 15 dengan 8 GB RAM bersama 256 SSD tambahan 1 TB HDD. Ia juga menggunakan cip prosessor AMD Athlon Silver dan tidak terlalu berat beratnya kira-kira bawah 2 kg sahaja.

3. Asus ROG Zephyrus G14

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Asus ROG Zephyrus G14 ini merupakan laptop terbaik dan popular tahun 2021 dimana ia mempunyai spesifikasi yang tertinggi. Paparan skrin laptop ini adalah anti-silau manakala jangka bateri pula sangat kuat iaitu bertahan kira-kira 11 jam ke atas. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari pada laptop terbaik ini.

4. Huawei Matebook D 15

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Yang keempat adalah jenama Huawei Matebook D 15 yang sangat sesuai digunakan untuk pelajar universiti. Ciri-ciri laptop terbaik ini amat ringan, skrin pula 15,6 inci dan boleh disimpan di dalam beg dan sangat mudah dibawa ke mana-mana. Laptop jenama Huawei ini juga menggunakan mesin CPU dan GPU AMD Ryzen dan baterinya tahan selama 5.5 jam.

5. Acer Aspire 3

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Jenama Acer dengan model Aspire 3 boleh didapati dalam banyak variasi dengan cip AMD buat masa ini. Dari segi spesikifasi, ianya hampir sama dengan laptop dalam senarai ini tetapi berkelebihan daripada segi paparan. Acer Aspire 3 menggunakan paparan Full HD dengan skrin resolusi (1920×1080) yang pastinya lebih terang dan jelas. Selain itu, saiz skrin laptop ini lebih besar iaitu 15.6 inci. 

6. Teclast F6

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Selain itu, Teclast juga antara salah satu produk keluaran China yang menawarkan sebuah laptop terbaik dengan harga mampu milik. Teclast F6 juga menggunakan teknologi yang terbaru seperti sambungan USB 3.0 beserta mini-HDMI dan Bluetooth 5.0 juga. Teclast F6 juga menawarkan 8 GB RAM bersama 128GB SSD. Ia juga menggunakan cip prosessor Intel Celeron Apollo Lake.

7. Lenovo IdeaPad 1

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Terdapat sebuah lagi laptop yang sesuai digunakan untuk e-learning seperti Google-Meet atau Zoom Meeting. Lenovo IdeaPad 1 juga menawarkan 4 GB RAM bersama 128GB SSD. Ia juga menggunakan cip prosessor Intel Celeron N4020. Selain itu, harga juga sangat berpatutan iaitu dibawah RM 1,368.

8. Asus Laptop 14

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Asus Laptop 14 yang sedikit berlainan dengan dikuasakan oleh AMD A9-9425 dan grafik yang ditawarkan AMD Radeon R4. Boleh dah main game sikit-sikit ni. Jika anda ingin dapatkan laptop terbaik bawah RM2000, mungkin ini antara pilihannya.

9. Acer Swift 1

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Dari segi performance, Acer Swift 1 hanya dikuasakan dengan Intel Pentium iaitu kurang sedikit daripada Intel i3 tetapi ianya memberi kepuasan kuasa bateri yang mampu bertahan sehingga 17 jam. Acer Swift 1 ini juga menawarkan 4 GB RAM bersama 256GB SSD. Ia juga menggunakan cip prosessor Intel® Pentium® Silver N5000.

10. Honor MagicBook X15

Senarai Laptop Terbaik Dan Murah 2022 Malaysia Untuk Student

Laptop jenama Honor MagicBook X15 ini amat sesuai digunakan untuk e-learning seperti Google-Meet atau Zoom Meeting. Honor MagicBook X15 juga menawarkan 8 GB RAM bersama 256GB SSD. Ia juga menggunakan cip prosessor Intel® Core i3 10110U.

Semoga perkongsian Senarai Laptop Terbaik Dan Murah Malaysia Untuk Student ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.